Google bakal lancar cermin mata bijak, bersaing dengan Meta
Anggaran Waktu Membaca:
Cermin mata pintar Gentle Monster, direka dengan kerjasama Google dan Samsung. (Gambar: Gentle Monster)
AMERIKA SYARIKAT: Google pada Selasa (19 Mei) mendedahkan rekaan cermin mata bijak yang baharu. Langkah itu menandakan kembalinya gergasi teknologi itu ke pasaran yang pernah cuba ditembusinya - tetapi gagal - lebih sedekad yang lalu.
Cermin mata yang dijangka mula dijual pada hujung tahun ini bakal mencetuskan persaingan sengit kepada Meta, yang kini mendahului pasaran dengan cermin mata bijak Ray-Ban miliknya yang sudah terjual sekurang-kurangnya tujuh juta unit.
Cermin mata Google yang disifatkan sebagai "cermin mata audio" ini akan dilengkapi dengan mikrofon, kamera, dan pembesar suara. Ia membolehkan pengguna membuat panggilan telefon, mendengar muzik, mengambil gambar, serta berbual dengan pembantu AI, Gemini.
Pihak syarikat bagaimanapun tidak memberikan tarikh pelancaran rasmi atau harga.
Dua koleksi cermin mata tersebut sudah diumumkan di persidangan tahunan Google I/O yang berlangsung berhampiran ibu pejabatnya di Mountain View, California: satu rekaan daripada jenama cermin mata Amerika Syarikat, Warby Parker, dan satu lagi daripada pereka Korea Selatan, Gentle Monster.

Samsung mengendalikan bahagian pembangunan teknikal bagi projek ini. Cermin mata bijak tersebut juga boleh digunakan bersama telefon bijak Android dan Apple.
Bagi Google, pelancaran itu menandakan kepulangannya yang telah lama dinanti-nantikan ke sektor yang pernah mengalami salah satu kegagalan paling mendapat perhatian dalam sejarah syarikat tersebut: Google Glass.

Dilancarkan pada 2013 dengan kamera bersepadu, projek itu akhirnya dihentikan selepas mencetuskan kebimbangan meluas orang ramai mengenai isu privasi dan intipan.
Namun kali ini, Google mempertaruhkan aspek rekaan gaya hidup untuk memikat hati para pengguna.
Model terbaharu Google yang dilengkapi kamera ini berkemungkinan besar akan mencetuskan perbahasan mengenai isu privasi yang sama seperti yang dihadapi oleh Meta.
Dalam pada itu, Google juga sedang mengusahakan cermin mata bijak yang dilengkapi dengan paparan skrin tersedia, serupa dengan model terbaharu yang dipasarkan oleh Meta pada musim luruh tahun 2025.
Versi berkenaan, yang sebelum ini dipaparkan sebagai prototaip pada tahun lalu, kini mencapai tahap ujian pembangun yang lebih maju, umum Google tanpa memberikan butiran lanjut.

Sumber : AFP/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.