Golongan muda hidap barah meningkat: Kajian
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Pelbagai faktor seperti masalah obesiti dan minuman keras menyumbang kepada peningkatan membimbangkan kes barah dalam kalangan golongan muda di merata dunia, menurut satu kajian, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Penyelidik menganggarkan bahawa terdapat peningkatan sebanyak 79 peratus dalam kes baharu barah yang dikesan dalam kalangan mereka yang berusia di bawah 50 tahun antara 1990 dan 2019.
Walau bagaimanapun, kadar di United Kingdom (UK) stabil dari 2010 hingga 2019, dengan kematian tahunan akibat barah yang dikesan awal "terus berkurangan".
Sebuah pasukan dari Universiti Edinburg dan Sekolah Perubatan Universiti Zhejiang menganalisis data daripada Kajian Beban Global Penyakit 2019 bagi 29 barah di 204 negara dan wilayah.
Mereka melihat kes baharu, kematian dan akibat kesihatan serta faktor risiko dalam kalangan orang berumur 14 hingga 49 tahun, menganggarkan peratusan tahunan setiap tahun.
Pada 2019, terdapat 3.26 juta kes didiagnosis barah baharu bagi mereka di bawah umur 50-an tahun, peningkatan 79.1 peratus sejak 1990.
Jumlah kematian juga meningkat 27.7 peratus.
Pengkaji berkata walaupun genetik berkemungkinan memainkan peranan, tabiat merokok, minum arak dan diet tinggi daging serta garam tetapi rendah bagi buah-buahan dan susu adalah 'faktor risiko utama', di samping faktor-faktor lain seperti berat badan berlebihan, kegiatan fizikal yang rendah dan paras gula yang tinggi dalam darah.
Kes barah payudara membentuk bahagian terbesar - dengan 13.7 peratus bagi setiap 100,000 orang - manakala kes barah trakea dan prostat masing-masing berkembang paling cepat pada 2.28 peratus dan 2.23 peratus setiap tahun.
Walau bagaimana pun, kes barah hati yang dikesan awal merosot 2.88 setiap tahun.
Kawasan yang mempunyai kadar barah yang dikesan awal paling tinggi ialah Amerika Utara, Australiasia dan Eropah Barat.
Pengarang kajian Dr Xue Li dari Pusat Kesihatan Global di Institut Usher Universiti Edinburgh berkata sementara barah dikesan awal di UK menunjukkan "trend meningkat" dari 1990 hingga 2010, "kadar keseluruhan kekal stabil" dari 2010 hingga 2019.
Penerbitan kajian dalam jurnal BMJ Oncology dibuat selepas badan amal Cancer Research UK mendakwa kemajuan dalam penjagaan barah telah membantu menyelamatkan 1.2 juta nyawa di UK sejak pertengahan 1980-an.
Angka itu termasuk anggaran 560,000 kematian akibat barah paru-paru, 236,000 kematian akibat barah perut, 224,000 kematian akibat barah usus dan 17,000 kematian akibat barah payudara.
Badan amal itu berkata penambahbaikan tersebut bergantung kepada kemajuan dalam pencegahan barah, serta diagnosis dan rawatan, termasuk penambahbaikan dalam radioterapi, penggunaan program pemeriksaan barah, pembangunan ubat dan penemuan gen.
Pengurus maklumat kesihatan kanan di Cancer Research UK Dr Claire Knight berkata, "tidak jelas sepenuhnya apa yang mendorong peningkatan barah awal, tetapi pendedahan kepada faktor risiko dalam kehidupan lebih awal, pengesanan barah dan genetik yang lebih bagus mungkin memainkan peranan penting."
Dr Knight berkata barah tetap "penyakit usia yang lebih tua", walaupun penemuan kajian itu mungkin "membimbangkan".
"Kami memerlukan lebih banyak kajian untuk mengkaji punca barah permulaan awal untuk jenis barah yang tertentu, seperti kajian BCAN-RAY kami yang mencari cara baharu untuk mengenal pasti wanita muda yang berisiko tinggi mendapat barah payudara," tambahnya.
"Jika orang ramai bimbang tentang risiko mereka menghidap barah, terdapat banyak cara untuk membantu mengurangkannya, seperti tidak merokok, mengekalkan diet seimbang, banyak bersenam dan kekal selamat di bawah sinar matahari."

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.