Skip to main content

Gaya Hidup

Golongan milenial, Gen Z pacu pasaran perjalanan online muslim

Perbelanjaan bagi perjalanan secara dalam talian oleh pelancong Islam, terutama Generasi Millennial dan Z, dijangka melebihi AS$180 bilion (S$248.1 bilion) menjelang 2026, menurut Laporan Perjalanan Muslim Digital Mastercard-CrescentRating 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Golongan milenial, Gen Z pacu pasaran perjalanan online muslim

(Gambar hiasan: JAIME REINA / AFP)

Diterbitkan : 20 Oct 2018 09:30AM Dikemas Kini : 20 Oct 2018 09:33AM

KUALA LUMPUR: Perbelanjaan bagi perjalanan secara dalam talian oleh pelancong Islam, terutama Generasi Millennial dan Z, dijangka melebihi AS$180 bilion (S$248.1 bilion) menjelang 2026, menurut Laporan Perjalanan Muslim Digital Mastercard-CrescentRating 2018.

Dalam kenyataan bersama pada Jumaat (19 Okt), MasterCard dan CrescentRating menyetakan, ia berdasarkan peningkatan kebergantungan kepada Internet, media sosial dan telefon bijak bagi pencarian destinasi dan tempahan perjalanan.

Ketua Pegawai Eksekutif CrescentRating dan HalalTrip, Fazal Bahardeen berkata laporan itu mengkaji tingkah laku dalam talian dan pilihan pelancong Islam.

Beliau berkata, laporan tersebut menyediakan pemahaman mengenai platform dalam talian dan perkhidmatan rangkaian sosial untuk destinasi pelancongan, pengendali perjalanan, syarikat penerbangan serta pihak berkepentingan dalam sektor pelancongan dan hospitaliti, selain membolehkan mereka menilai potensi pasaran Islam.

“Berasaskan peningkatan pesat teknologi dalam talian, kaedah pembayaran dan pertambahan pengguna digital Muslim sebagai segmen utama dalam pasaran perjalanan Islam, unjuran bagi ruang digital adalah amat positif,” kata Encik Fazal.

Sementara itu, Naib Presiden Pembangunan Pasaran Mastercard, Devesh Kuwadekar berkata pasaran pelancongan halal akan terus menjadi antara segmen yang pesat berkembang, dengan ketibaan pelancong Islam mewakili kira-kira 10 peratus daripada industri perjalanan global keseluruhan pada 2017.

“Pelancong Muslim memperuntukkan lebih banyak masa untuk pencarian dalam talian serta membandingkan maklumat sebelum memilih dan membayar bagi pengalaman perjalanan yang sesuai dengan mereka.

“Seiring dengan pengguna yang mula meneroka banyak negara dan rantau, Mastercard turut menyaksikan peningkatan penggunaan pembayaran tanpa tunai dan digital melalui pilihan prabayar dan debit memandangkan ia adalah bentuk pembayaran elektronik yang lebih selamat, mudah dan boleh dipercayai semasa melancong,” kata Encik Kuwadekar.

Menurut Laporan Perjalanan Muslim Digital Mastercard-CrescentRating 2018 yang dikeluarkan pada April tahun ini, pasaran perjalanan Islam akan meneruskan pertumbuhan pada kadar pantas untuk mencapai AS$300 bilion (S$413.4 bilion) menjelang 2026.

Pada 2017, dianggarkan 131 juta pengunjung Islam melancong di peringkat global, menurut laporan itu. 

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita