Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Golongan belia lebih kemungkinan rasa murung semasa pandemik: tinjauan PBB

Anggaran Waktu Membaca:
Golongan belia lebih kemungkinan rasa murung semasa pandemik: tinjauan PBB

(Gambar: TODAY)

Diterbitkan : 27 Jan 2022 06:05PM Dikemas Kini : 27 Jan 2022 06:06PM

NEW YORK: Golongan muda di merata dunia lebih berkemungkinan rasa murung dan gelisah berbanding orang lebih tua. 

Demikian menurut satu tinjauan global yang dikendalikan bersama baru-baru ini oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan firma tinjauan Gallup, lapor Xinhua. 

Kira-kira 36 peratus orang muda berkata mereka "kerap" berasa gementar, bimbang atau gelisah berbanding dengan 30 peratus dalam kalangan mereka yang lebih tua. Golongan belia juga lebih berkemungkinan mengalami kemurungan atau tidak mempunyai keinginan untuk membuat sesuatu, menurut tinjauan ke atas lebih 22,000 orang dari 21 negara antara Januari dengan Jun 2021. 

Trend membimbangkan ini menarik perhatian Ketua Pakar Bedah Amerika Syarikat (AS) Dr Vivek Murthy. Dalam satu makluman yang dikeluarkan bulan lalu, Dr Murthy menggesa agar tindakan segera  diambil terhadap krisis masalah kesihatan mental yang semakin teruk dalam kalangan belia disebabkan gangguan berkaitan pandemik COVID-19. 

"Adalah satu tragedi jika kita berjaya mengatasi satu krisis kesihatan awam dan di pihak lain membenarkan satu lagi krisis untuk menggantikan tempatnya," kata Dr Murthy. 

"Cabaran kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan muda adalah nyata, dan tersebar luas. Namun, apa yang lebih penting ialah ia boleh dirawat, dan sering boleh dicegah." 

Keprihatinan terhadap kesihatan mental golongan belia  meningkat semasa pandemik, memandangkan peraturan pengasingan diri selama berbulan-bulan lamanya, penutupan sekolah dan cabaran-cabaran lain berhubung dengan pandemik yang dipercayai menyebabkan meningkatnya kemurungan dan keresahan dalam kalangan mereka, tambah pakar bedah itu dalam makluman berkenaan. 

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan