'Glamping' berjiran manatee di River Safari
Anda yang inginkan 'staycation' lain dari yang lain, kini boleh pilih untuk tidur bersebelahan dengan akuarium air tawar terbesar di dunia, sambil ditemani oleh manatee di River Safari.
(Gambar: Wildlife Reserves Singapore)
SINGAPURA: Anda yang inginkan 'staycation' lain dari yang lain, kini boleh pilih untuk tidur bersebelahan dengan akuarium air tawar terbesar di dunia, sambil ditemani oleh manatee di River Safari.
Wildlife Reserves Singapore (WRS) pada Isnin (14 Dis) menyatakan bahawa program 'Glamping' bersama Mantee selama dua hari satu malam itu akan ditawarkan bagi tempoh terhad antara 21 Dis hingga 27 Dis.
Khemah-khemah yang boleh menampung sehingga empat orang, berharga dari S$699 dan didirikan di kawasan berhawa dingin.
Program tersebut termasuk meneroka laluan di sepanjang sungai 'Rivers of the World', di mana tetamu akan diberikan tempat duduk khas di persembahan haiwan 'Once Upon a River'.
Mereka kemudian akan berpeluang bertemu dengan monyet tupai di daya tarikan 'Wild Amazonia’s Squirrel Monkey Forrest' sebelum dapat berinteraksi dengan seekor haiwan misteri sebelum disajikan makan malam berlangitkan bintang.
Pada sebelah malam pula, para tamu akan dibawa ke kawasan hutan Amazon ' Amazon Flooded Forest', yang menempatkan akuarium air tawar terbesar di dunia, di mana mereka akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang berasaskan manatee dan mempelajari fakta-fakta menarik mengenai mamalia tersebut.
Sarapan pagi disediakan sebelum pengalaman itu tamat dengan "tradisi istimewa" pada keesokan hari.
Menurut laman WRS, program 'glamping' itu berlangsung dari pukul 3.00 petang sehingga 1.00 pagi keesokan hari.
"Para tamu akan tidur dalam "khemah seakan dalam cerita dongeng" dengan tempat untuk cas alat elektronik serta bantal dan selimut disediakan," kata WRS.
Bagaimana baucar SingapoRediscovers tidak boleh digunakan untuk program 'Glamping' bersama Manatee itu, tambah WRS.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.