Gerai sementara Hello Kitty x Jisoo akan dibuka di Wisma Atria mulai 28 Mei
Anggaran Waktu Membaca:
Kolaborasi pertama Hello Kitty dan Jisoo dilancarkan di Seoul, Korea Selatan, pada Januari 2026. (Gambar: Instagram/@sooyaaa__)
SINGAPURA: Kolaborasi Hello Kitty bersama anggota Blackpink, Jisoo, akan dibawa ke Singapura menerusi gerai sementara (pop-up) buat masa yang terhad.
Koleksi Hello Kitty x Jisoo itu merangkumi barangan seperti patung lembut, kotak misteri, aksesori perjalanan, pakaian, alat tulis dan rantai kunci koleksi.
Koleksi tersebut bertemakan “diari pertukaran persahabatan”, menampilkan ilustrasi dan rekaan yang berpusat pada persahabatan antara Jisoo dengan watak Hello Kitty keluaran Sanrio.
Harga barangan bermula daripada S$14.90 hingga S$131.90, dengan beberapa barangan ditawarkan dalam jumlah terhad selagi stok masih ada.
Gerai sementara di Singapura akan berlangsung dari 28 Mei hingga 14 Jun, dari 11.00 pagi hingga 10.00 malam setiap hari, di Atrium Tingkat 1 Wisma Atria.
Penganjur menyatakan tiada sistem tempahan giliran akan disediakan, dengan kemasukan berdasarkan yang dahulu didahulukan.
Gerai sementara rasmi pertama Hello Kitty x Jisoo sebelum ini diadakan di Seoul, Korea Selatan, pada Januari lalu.
Gerai sementara itu turut diadakan di beberapa bandar lain termasuk Jakarta dan Bangkok.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.