Genderang... Pusaka yang perlu dilestarikan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Genderang merupakan alat-alat asas dalam muzik tradisional Melayu dan penting dalam mewujudkan rentak, memeriahkan majlis dan membangkitkan semangat.
Ia lebih dihargai dalam majlis perkahwinan dan persembahan Dikir Barat.
"Gendang silat secara tradisi dimainkan sewaktu acara persembahan mahupun pertandingan silat pada suatu waktu dahulu. Namun, ia tidak lagi dimainkan di sini. Sebaliknya hanya rakaman bunyi gendang itu yang dimainkan," kongsi aktivis dan usahawan Genderang Encik Idham Taal kepada BERITA Mediacorp.
Menurutnya generasi sekarang tidak tahu tentang gendang silat.
Malah, pada hari ini, hanya segelintir alat genderang yang dikenali, seperti kompang, hadrah dan rebana meskipun ada lebih 30 jenis gendang Melayu.
Ini belum mengambil kira alat-alat genderang Jawa, serta Sabah dan Sarawak!
Program 'Genderang - Dalam Pusaka ada Bahasa' di The Arts House yang diadakan di The Art House pada Sabtu (9 Sep) memperkenalkan alat-alat genderang lain seperti Jidur, Geduk, Marwas, Baloh dan Gedumbak kepada para peserta.
"Para peserta dapat memegang, dapat tahu jenis-jenis alat genderang, peranan alat itu dan fungsi-fungsinya di dalam kebudayaan kita.
"Mereka dapat menimba ilmu tentang proses pembikinan alat-alat genderang, bagaimana alat-alat ini dibuat, dan apa yang dipanggil bingkai itu, belulangnya," kata Encik Idham.

Selain perkataan-perkataan yang jarang didengar itu, para peserta juga mempelajari perkataan temalang, gelum dan pasak yang merupakan hanya "secubit" daripada bahagian genderang yang terdapat dalam kosa kata Melayu yang kaya.
"Daripada bengkel ini, saya akan dapat terapkan ini dalam kehidupan harian saya, di mana jika saya menghadiri acara-acara di mana genderang ataupun alat muzik tradisional dimainkan, saya akan lebih dapat menghayatinya, " kata peserta bengkel Martini Ali Wafar
Seorang lagi peserta yang baharu berusia 13 tahun, Rayyan Aqil Mohamad Kyairil Nizam pula sebelum ini menganggap paluan kompang dan hadrah di majlis-majlis persandingan "hanya memekakkan telinga."
Namun, setelah mengikuti bengkel ini, perspektifnya berubah.

"Selepas pengalaman ini saya rasa yang saya lebih faham kenapa orang Melayu harus ada genderang dan persembahan dalam perkahwinan mereka dan saya lebih menghargai seni Melayu secara keseluruhan."
Perkongsian Encik Idham tentang pentingnya genderang dalam masyarakat Melayu sejak dahulu, juga membuka mata Rayyan.
"Saya rasa yang genderang memegang banyak sejarah untuk orang Melayu kerana pada zaman dahulu, kita menggunakan genderang untuk pelbagai aspek kehidupan kita seperti untuk perubatan dan sebagainya.
Yang dimaksudkan adalah Maintri, kaedah perubatan lama yang masih diamalkan orang-orang Kelantan yang seumpama ruqyah, namun menggunakan genderang.
"Oleh itu saya rasa yang ia penting untuk memastikan yang genderang merupakan sesuatu yang semua orang Melayu tidak kira usia akan gunakan dan pelajari," tambah Rayyan.
Bengkel itu merupakan sebahagian daripada siri 'Kita Ada... Pusaka Bangsa' anjuran The Arts House.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.