GEN KAKI CUTI: Teroka pusat peranginan ikonik, sejarah memukau Macao & pesona Hengqin
Chimelong Ocean Kingdom di Hengqin, termasuk Whale Shark Aquarium, menjadi antara tarikan utama sepanjang perjalanan empat hari saya ke Macao dan Hengqin. (Gambar: Sabrina Yusri)
- Sabrina Yusri shared a four-day journey from Singapore to Macao and Hengqin, which changed her view of these destinations as Muslim-friendly options.
- In Hengqin, Chimelong Hengqin Bay Hotel offers prayer amenities, bidets and a buffet prepared by Muslim chefs, while Chimelong Ocean Kingdom is suitable for families.
- In Macao, she explored the Ruins of St. Paul's, Senado Square, Taipa Houses, the halal restaurant Dong Lai Shun, as well as modern resorts in Cotai.
- She concluded that Macao and Hengqin are suitable for Muslim families if accommodation, halal food, immigration and activities are planned in advance.
- Sabrina Yusri berkongsi perjalanan empat hari dari Singapura ke Macao dan Hengqin, yang mengubah pandangannya terhadap destinasi ini sebagai pilihan mesra Muslim.
- Di Hengqin, Chimelong Hengqin Bay Hotel menawarkan kemudahan solat, bidet dan bufet oleh cef Muslim, manakala Chimelong Ocean Kingdom sesuai untuk keluarga.
- Di Macao, beliau meneroka Ruins of St. Paul's, Senado Square, Taipa Houses, restoran halal Dong Lai Shun, serta pusat peranginan moden di Cotai.
- Beliau menyimpulkan Macao dan Hengqin sesuai untuk keluarga Muslim jika penginapan, makanan halal, imigresen dan aktiviti dirancang lebih awal.
Namun, perjalanan selama empat hari ke Macao dan Hengqin baru-baru ini membuatkan saya melihat kedua-dua destinasi ini dari sudut yang berbeza.
Selain tarikan pelancongan yang menarik untuk keluarga, saya mendapati terdapat juga pilihan penginapan, makanan dan kemudahan yang memudahkan perjalanan bagi pelancong Muslim. Malah, saya sendiri tidak menyangka akan menemui pengalaman yang begitu lengkap dalam satu perjalanan singkat.
Perjalanan saya bermula dengan penerbangan dari Singapura ke Macao sebelum kami meneruskan perjalanan menaiki kereta ke Hengqin, yang mengambil masa kira-kira 15 minit. Walaupun jaraknya dekat, perjalanan itu melibatkan proses imigresen di sempadan sebelum memasuki Hengqin.
Daripada menginap di pusat peranginan bertemakan laut dan meneroka salah satu taman tema hidupan laut terbesar di dunia, hinggalah menikmati Macao dari sudut sejarah, mencuba makanan halal dan mengunjungi kompleks pusat peranginan yang ikonik, perjalanan ini memberikan pengalaman yang agak berbeza bagi sebuah percutian singkat.
CHIMELONG HENGQIN BAY HOTEL MESRA MUSLIM
Selepas tiba di Macao, kami terus bergerak ke Hengqin dan mendaftar masuk di Chimelong Hengqin Bay Hotel.
Hotel bertaraf lima bintang ini mempunyai konsep bertemakan laut yang sangat ketara, selari dengan keseluruhan pengalaman Chimelong di Hengqin. Bagi saya, ia juga terasa seperti penginapan yang sangat sesuai untuk keluarga, terutama mereka yang bercuti bersama anak-anak.
Satu lagi perkara yang saya hargai sebagai pelancong Muslim ialah kemudahan yang disediakan di hotel tersebut. Hotel itu mempunyai kemudahan solat dan 'bidet' di bilik, menjadikan urusan harian lebih mudah tanpa perlu terlalu banyak membuat persediaan sendiri.
Bagi saya, perkara-perkara kecil seperti kemudahan solat, 'bidet' dan pilihan makanan yang sesuai inilah yang boleh membuat perbezaan besar ketika bercuti.
CHIMELONG OCEAN KINGDOM ANTARA TAMAN TEMA LAUT TERBESAR DUNIA
Hari kedua pula dihabiskan sepenuhnya di Chimelong Ocean Kingdom.
Taman tema hidupan laut ini merupakan antara yang terbesar di dunia dan turut memegang beberapa rekod dunia Guinness. Disebabkan ini, saya memang sudah menjangkakan tempat ini besar, tetapi skala sebenarnya tetap membuatkan saya terkejut apabila tiba di sana.
Salah satu tarikan yang paling mencuri perhatian saya ialah Whale Shark Aquarium. Akuarium ini menempatkan tangki gergasi yang menjadi antara tarikan utama Ocean Kingdom, dengan ikan yu paus dan pelbagai hidupan laut lain yang boleh dilihat dari jarak dekat. Saiznya memang sukar digambarkan hanya melalui gambar kerana keseluruhan ruang terasa sangat besar.
Selain melihat hidupan laut, terdapat juga pelbagai permainan bagi pengunjung yang mahukan pengalaman lebih mencabar.
Bagi keluarga, saya rasa kombinasi antara tarikan pendidikan, haiwan dan permainan menjadikan Ocean Kingdom tempat yang boleh mengisi hampir sepanjang hari tanpa rasa kekurangan aktiviti.
Namun, bahagian yang paling membuatkan saya teruja ialah persembahan Chimelong Circus.
Hari kami berakhir dengan persembahan dron dan pertunjukan bunga api. Selepas seharian berjalan di taman tema, mengambil masa untuk sekadar duduk dan menyaksikan langit dipenuhi cahaya menjadi penutup yang cukup menarik.
DARI HENGQIN KE MACAO, MENYELAMI BANDAR BERSEJARAH
Pada hari ketiga, kami kembali ke Macao untuk meneroka beberapa kawasan ikonik di bandar ini.
Jika Hengqin memberikan pengalaman yang lebih moden dan berorientasikan kekeluargaan, Macao pula mempunyai gabungan sejarah, seni bina dan budaya yang jauh lebih rencam.
Antara lokasi pertama yang kami kunjungi ialah Ruins of St. Paul's, salah satu mercu tanda paling terkenal di Macao.
Runtuhan ini merupakan bahagian hadapan Gereja Mater Dei yang dibina pada abad ke-17 sebelum musnah akibat kebakaran pada 1835. Ia kini menjadi antara simbol paling dikenali di Macao dan juga sebahagian daripada kawasan Warisan Dunia bandar ini.
Bangunan-bangunan berwarna pastel dengan seni bina Eropah di sekeliling dataran memberikan suasana yang sangat berbeza daripada gambaran Macao sebagai sebuah bandar moden yang penuh dengan kompleks pusat peranginan.
Berjalan di sekitar kawasan ini membuatkan saya sedar bahawa salah satu keunikan Macao ialah bagaimana unsur Portugis dan Cina boleh wujud begitu dekat antara satu sama lain.
MAKANAN HALAL DI TENGAH-TENGAH MACAO
Selepas meneroka kawasan bandar, kami turut mencari makanan halal bagi makan tengah hari.
Kami memilih Dong Lai Shun, sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan hotpot, barbeku dan masakan Cina Utara.
TAIPA HOUSES, SISI MACAO LEBIH TENANG
Kami kemudian bergerak ke kawasan Taipa dan singgah di Taipa Houses.
Selepas menghabiskan masa di kawasan bandar yang sibuk, suasana di sini terasa lebih santai. Ia juga menjadi salah satu lokasi yang menarik untuk bergambar kerana seni bina dan persekitarannya memberikan gambaran tentang sisi Macao yang berbeza daripada kawasan pusat peranginan moden.
Dari sini, kami meneruskan perjalanan ke beberapa kompleks pusat peranginan yang terkenal di Cotai.
STUDIO CITY, THE VENETIAN DAN WAJAH MODEN MACAO
Studio City merupakan salah satu kompleks pusat peranginan yang paling mudah dikenali di kawasan Cotai, dengan seni bina yang diinspirasikan daripada Hollywood dan pelbagai kemudahan hiburan serta beli-belah.
Kami juga mengunjungi The Venetian Macao, yang terkenal dengan seni bina dan terusan dalaman yang diinspirasikan daripada Venice, Itali. Bagi saya, tempat ini memang terasa seperti sebuah bandar kecil di dalam kompleks pusat peranginan, dengan pilihan kedai, restoran dan ruang yang sangat luas.
Saya sebenarnya sudah mengunjungi kedua-dua tempat ini sekitar dua tahun lalu ketika membuat perjalanan sehari ke Macao dari Hong Kong, jadi kali ini kami tidak meluangkan terlalu banyak masa di sana.
Namun, walaupun sekadar melalui kawasan tersebut, deretan kompleks pusat peranginan di Cotai tetap menarik perhatian kerana setiap satu mempunyai tema dan identiti tersendiri.
Kami juga sempat melihat Tree of Prosperity di Wynn Palace Macau, sebuah pertunjukan yang menggabungkan elemen cahaya, muzik dan simbolik kemewahan. Tarikan seperti ini menunjukkan bagaimana pengalaman di Macao bukan hanya tertumpu kepada sejarah, tetapi juga kepada hiburan dan seni bina moden.
REGENCY ART HOTEL SATU LAGI PILIHAN UNTUK PELANCONG MUSLIM
Pada malam terakhir, kami menginap di Regency Art Hotel di Taipa.
Sama seperti hotel kami di Hengqin, hotel ini juga menyediakan kemudahan yang memudahkan tetamu Muslim, termasuk kemudahan solat.
Namun, perkara yang paling menarik perhatian saya ialah kewujudan Zam Zam Restaurant di hotel tersebut.
Restoran ini menawarkan masakan India dan Timur Tengah, dan merupakan restoran halal. Ini menjadikannya satu lagi pilihan yang agak mudah untuk pelancong Muslim yang mahu menikmati makanan tanpa perlu pergi jauh dari tempat penginapan.
Bagi saya, kewujudan restoran halal di dalam hotel sendiri memberikan satu tahap kemudahan yang berbeza, terutama apabila sudah penat selepas seharian berjalan.
Apa yang saya suka tentang perjalanan ini ialah saya tidak perlu memilih antara meneroka destinasi dengan memenuhi keperluan sebagai pelancong Muslim. Kedua-duanya masih boleh dilakukan dengan sedikit perancangan.
MACAO DAN HENGQIN LEBIH DARIPADA JANGKAAN
Selepas empat hari di Macao dan Hengqin, saya rasa kedua-dua destinasi ini mungkin tidak mendapat perhatian yang sama daripada pelancong Muslim berbanding destinasi lain di Asia.
Namun, pengalaman saya menunjukkan bahawa ia sebenarnya boleh menjadi pilihan yang menarik, terutama untuk perjalanan bersama keluarga.
Hengqin memberikan pengalaman yang lebih moden dan mesra keluarga dengan taman tema berskala besar, manakala Macao pula menawarkan gabungan sejarah, budaya, seni bina dan kompleks pusat peranginan yang ikonik.
Pada masa yang sama, pilihan makanan halal, kemudahan solat dan penginapan yang mengambil kira keperluan tetamu Muslim membuatkan perjalanan ini terasa lebih mudah daripada yang saya jangkakan.
Bagi saya, mungkin itulah perkara paling menarik tentang perjalanan ini. Kita tidak semestinya perlu memilih destinasi yang secara tradisinya dianggap mesra Muslim untuk mendapatkan pengalaman percutian yang selesa sebagai seorang Muslim.
Kadangkala, destinasi yang tidak pernah kita pertimbangkan itulah yang akhirnya memberikan pengalaman paling tidak disangka.
TIP TEROKA MACAO DAN HENGQIN
2. Semak kemudahan mesra Muslim sebelum menempah hotel - Jika kemudahan seperti ruang solat, 'bidet' atau pilihan makanan halal penting untuk anda, semak terlebih dahulu supaya perjalanan lebih mudah.
3. Rancang tempat makan halal lebih awal - Walaupun terdapat pilihan makanan halal di Macao, tidak semua restoran terletak berdekatan satu sama lain. Menyusun restoran mengikut lokasi boleh menjimatkan masa perjalanan.
4. Peruntuk masa bagi proses imigresen - Perjalanan dari Macao ke Hengqin kelihatan dekat, tetapi anda tetap perlu melalui proses imigresen di sempadan. Rancang masa tambahan bagi perjalanan anda.
5. Luangkan masa untuk meneroka kedua-dua sisi Macao (moden dan bersejarah) - Jangan hanya tertumpu kepada kawasan pusat peranginan di Cotai. Kawasan seperti Ruins of St. Paul's, Senado Square dan Taipa Houses memberikan gambaran tentang sejarah dan warisan Macao yang berbeza daripada kawasan Cotai.
6. Sesuai untuk percutian keluarga - Dengan taman tema, persembahan, pusat beli-belah, pilihan makanan dan pelbagai jenis penginapan, Macao dan Hengqin boleh menjadi pilihan untuk mereka yang mahu percutian yang mempunyai gabungan aktiviti dan masa bersantai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.