GEN KAKI CUTI: Sapa - Kota awan menawan dan mendamaikan jiwa
Anggaran Waktu Membaca:
Pemandangan gunung di Sapa. (Gambar: Aizam Omar)
SINGAPURA: Dikelilingi keindahan alam semula jadi dengan pantai yang jernih membiru, destinasi ini menyerlahkan pesona kota lama yang sarat dengan sejarah.
Hamparan sawah padi yang menghijau luas serta gunung-ganang yang diselubungi kabus pastinya akan membuat setiap pengunjung terpegun dan sekali gus menjadikan ia sebuah destinasi yang tenang dan mudah memikat hati ramai.
Ketika merancang percutian ke destinasi ini, kami ingin mencuba sesuatu yang berbeza. Kali ini, kami tidak teruja dengan hiruk-pikuk bandar moden.
Sebaliknya, kami mendambakan udara yang segar, suasana yang tenang dan pemandangan alam semula jadi yang mendamaikan.
Oleh itu, pilihan kami tertumpu pada Sapa, sebuah bandar kecil di utara Vietnam yang juga dikenali sebagai 'bandar dalam kabus'.
Sapa terletak berhampiran sempadan China dan ia menawarkan pengalaman yang sangat unik dan tidak sama dengan bandar lain di Vietnam.
Ia terkenal dengan teres padi yang bertingkat-tingkat, udara yang nyaman serta kehidupan masyarakat etnik gunung yang masih mengekalkan adat tradisi.

Malah, nama Sapa sendiri sudah cukup membangkitkan bayangan tentang kabus putih yang turun perlahan di lereng gunung.
PERJALANAN KE TANAH TINGGI SAPA
Tiada penerbangan tanpa henti untuk ke Sapa dari kota Singa. Oleh itu, perjalanan 3.5 jam bermula dengan penerbangan dari Lapangan Terbang Changi ke Hanoi.
Dari sana, pengembaraan diteruskan dengan pilihan menaiki van limosin selama kira-kira lima jam untuk terus ke bandar Sapa.
Terdapat pelbagai pilihan kenderaan untuk ke Sapa dari Hanoi. Apa pun pilihannya, pastikan untuk buat tempahan lebih awal, terutamanya pada musim cuti.
Ia bukan sahaja dapat memastikan perjalanan yang lebih lancar, tapi juga untuk mengelakkan sebarang tekanan yang tidak diingini setibanya di destinasi.
Dengan persiapan yang teratur, anda boleh relaks dan santai menikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan tanpa perlu memikirkan soal arah dan urusan lain.
Sepanjang perjalanan kami, pemandangan bangunan konkrit digantikan dengan kawasan hijau, sungai kecil dan kawasan perkampungan.
Jalan pula semakin berliku apabila tiba di kawasan berbukit. Kabus nipis mula kelihatan menyelubungi lereng gunung, manakala udara yang masuk melalui tingkap terasa lebih sejuk dan menyegarkan.
Walaupun tempoh perjalanan agak panjang, pemandangan yang terbentang di kiri dan kanan menjadikan masa terasa pantas berlalu.
Di setiap selekoh, ada sahaja pemandangan panorama seperti lembah luas, sawah yang tersusun kemas dan gunung yang tersergam megah.

Perasaan teruja semakin memuncak apabila papan tanda Sapa muncul, menandakan kami hampir tiba di destinasi yang ingin ditujui.
'BANDAR DALAM KABUS' & KAUM ETNIK
Kami sampai ketika senja mula menjengah dan kabus perlahan-lahan turun menyelimuti bandar.
Walaupun saiz Sapa agar sederhana, namun suasananya tetap hidup dengan kehadiran pelancong dari pelbagai negara.
Suhu yang dingin dan udara bersih juga terasa begitu menyegarkan, berbeza sekali dengan suasana kota Singa yang panas dan hiruk-pikuk.
Di satu sudut terdapat dataran yang dijadikan sebagai lokasi untuk pelbagai aktiviti kebudayaan.
Pengunjung berpeluang menyaksikan persembahan tarian tradisional oleh masyarakat tempatan.
Muzik yang dimainkan dengan alat tradisional bergema lembut dalam suasana berkabus, menambahkan lagi keunikan di persekitaran kawasan ini.
Beralih ke kawasan pusat bandar pula, jelas kelihatan deretan kedai-kedai yang menjual pelbagai kraf tangan seperti fabrik sulaman, pakaian tradisional, beg tenunan, topi serta perhiasan yang lain.

Apa yang membuatnya menarik di sini, kebanyakan barangan yang dijual dihasilkan sendiri oleh masyarakat etnik setempat.
Walaupun bahasa Inggeris juga tidak digunakan secara meluas di sini, penggunaan aplikasi terjemahan amat membantu dalam mempermudahkan komunikasi.
Malah, senyuman dan bahasa tubuh juga mampu menjadi penghubung yang berkesan.
Kami juga diberitahu bahawa Sapa merupakan kediaman bagi beberapa kumpulan etnik. Masyarakat ini sudah lama menetap di kawasan pergunungan dan masih mengekalkan cara kehidupan tradisional, pertanian dan kraf tangan.
Antaranya, etnik Hmong di mana kaum wanitanya sering kelihatan memakai pakaian tradisional berwarna gelap dengan sulaman halus.
Mereka akan membawa bakul rotan di belakang untuk mengisi hasil tanaman atau barangan jualan. Kehidupan mereka juga banyak bergantung pada penanaman padi di lereng gunung.

Selain dapat melihat cara mereka bekerja dengan tekun di kawasan berbukit yang mencabar, pengunjung juga akan dapat menikmati keindahan teres padi yang menjadi tarikan pelancong.
Interaksi ringkas dengan penduduk kampung di sini juga akan membuka ruang untuk pelancong memahami budaya dan nilai kehidupan mereka yang sederhana tetapi penuh makna.
PELANCONG MUSLIM
Walaupun Sapa bukan kawasan majoriti masyarakat Muslim dan tiada masjid rasmi di bandar ini, solat lima waktu tetap dapat dilaksanakan dengan baik.
Aplikasi waktu solat dan kompas kiblat sangat membantu dalam memastikan arah yang tepat.
Persediaan awal seperti membawa sejadah kecil selain telekung dan sebagainya menjadikan urusan lebih mudah.
Menyentuh soal makanan pula, pelancong Muslim tidak perlu bimbang kerana Sapa mempunyai beberapa pilihan makanan halal yang mudah didapati.
Anda boleh menikmati masakan Vietnam asli yang disesuaikan dengan keperluan diet halal, serta hidangan antarabangsa yang menepati citarasa Muslim di beberapa tempat makan.
Antaranya ialah restoran Hajah Hawa yang terkenal dengan sajian halal Vietnam dan Melayu.

Di sini anda boleh menikmati hidangan seperti mi sup, nasi, aneka lauk-pauk dan juga sandwic.
Selain itu, satu lagi tempat makan halal yang boleh dikunjungi ialah Sapa Halal Restaurant.
Tempat makan ini menyediakan sajian kegemaran ramai dalam cuaca sejuk seperti mi sup ayam, tom yam dan juga popiah.

Bagi yang ingin menikmati sajian bufet, terdapat juga restoran Sapa Rasa Sayang Halal Buffet yang menawarkan aneka sajian Melayu, Vietnam dan Jepun.
Restoran ini juga dilengkapi dengan ruang solat yang luas selain tandas yang bersih.

Dengan tersedianya kemudahan ini, perancangan yang ringkas sudah mencukupi untuk memastikan percutian anda ke Sapa bukan sahaja dipenuhi keindahan alam semula jadi, malah turut menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang menyelerakan.
GUNUNG FANSIPAN DAN KAMPUNG CAT CAT
Dengan ketinggian lebih 3,000 meter, lawatan ke Gunung Fansipan, iaitu yang tertinggi di Indochina, menjadi kemuncak percutian kami.
Menurut perkongsian penduduk tempatan, dahulunya, pendaki perlu mengambil masa beberapa hari untuk sampai ke puncak, namun kini kemudahan kereta kabel dapat menyingkatkan tempoh perjalanan.
Pengunjung boleh menaiki kereta kabel yang bergerak perlahan merentasi lembah dan hutan. Dari dalam kabin, teres padi kelihatan seperti corak geometri yang indah.
Air terjun kecil pula mengalir di celah hutan, manakala kabus berarak perlahan di antara gunung.
Setibanya di stesen atas, anda boleh mendaki anak tangga menuju puncak.
Walaupun tercungap sedikit, semangat untuk sampai ke atas jelas mengatasi rasa letih.
Di puncak, angin bertiup kencang dan kabus datang serta pergi silih berganti.
Buat seketika, pemandangan kami jelas dan seketika lagi, panorama di hadapan diselubungi kabus putih.
Berdiri di titik tertinggi ini akan membuat sesiapa sahaja untuk rasa kagum terhadap keindahan alam.
Selepas turun dari gunung Fansipan, kami menuju ke Kampung Cat Cat (Cat Cat Village), sebuah kampung masyarakat Black Hmong yang terletak tidak jauh dari pusat bandar.
Laluan ke kampung ini menuruni lereng dan dihiasi rumah kayu tradisional serta sungai kecil.

Di sini anda boleh menyaksikan persembahan muzik tradisional dan membeli hasil kraf tangan yang dijual oleh penduduk tempatan.
Kampung ini mencerminkan usaha masyarakat Hmong dalam memelihara warisan budaya mereka, sekali gus dapat menyesuaikan diri dengan perkembangan pelancongan.
Tidak jauh dari kampung ini juga, terbentang luas teres padi yang menjadi lambang keindahan Sapa.
Sawah bertingkat-tingkat ini dibina mengikut bentuk muka bumi gunung.
Pemandangannya sangat menakjubkan, terutamanya apabila cahaya matahari menyinari lereng hijau yang tersusun rapi.
Berjalan di laluan kecil di antara sawah memberi peluang kepada pengunjung menikmati udara segar serta bunyi alam yang menenangkan.
JAMBATAN KACA DAN AIR TERJUN
Kami juga sempat ke Rong May Glass Bridge yang terletak pada ketinggian sekitar 2000 meter.
Jambatan kaca ini memanjang keluar dari tebing gunung.

Melangkah di atas permukaan lutsinar ini akan membuat sesiapa sahaja rasa seolah-olah terapung di udara.
Walaupun sedikit mendebarkan, pemandangan gunung-ganang yang terbentang luas sungguh cantik memukau.
Jika anda ada masa pastikan juga untuk mengunjungi Silver Waterfall.
Air terjun ini mengalir deras dari celah gunung dan boleh dilihat dari jalan raya.
Di sini, anda boleh mendaki anak tangga ke platform pemerhatian untuk melihatnya dengan lebih dekat.
Bunyi air yang kuat serta percikan air yang menyentuh wajah pastinya akan membuat pengunjung rasa seronok dan segar.
4 MUSIM DI SAPA
Seperti destinasi yang lain, Sapa juga turut mempunyai daya tarikan yang berbeza-beza mengikut musim.

Menurut pemandu pelancong tempatan, pada musim bunga, bunga liar mekar menghiasi lereng gunung, sementara pada musim panas, sawah akan dipenuhi air yang memantulkan air pada langit seperti cermin.
Pada musim luruh pula, pengunjung akan dapat menyaksikan padi menguning keemasan dan setibanya musim sejuk yang bersuhu rendah, muncul pula kabus tebal yang kadangkala disertai salji nipis.
Yang menariknya, setiap musim menghadirkan pengalaman berbeza yang unik. Sepanjang berada di Sapa, bandar ini ternyata bukan sekadar destinasi pelancongan. Ia adalah ruang untuk memperlahankan langkah dan menghargai alam sekitar.
Kabus yang turun perlahan, gunung yang tersergam megah serta kehidupan masyarakat gunung yang sederhana akan mengajar sesiapa sahaja tentang makna ketenangan.
Apabila tiba masa untuk pulang, hati kami terasa berat meninggalkan suasana yang mendamaikan ini. Namun kenangan yang dibawa pulang menjadi pengalaman berharga yang sukar untuk dilupakan.

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.