GEN KAKI CUTI: Pesona Sydney melangkaui Opera House dan Pantai Bondi
Anggaran Waktu Membaca:
Harbour Bridge di Sydney (kiri) dan penulis di Darling Harbour, Sydney. (Gambar: Aizam Omar)
HOLIDAY GENERATION: Explore Sydney's charm beyond the Opera House and Bondi Beach
- The writer shared the experience of spending almost a week in Sydney, exploring Circular Quay, the Sydney Opera House, Harbour Bridge and The Rocks, which combine harbour icons, history and a laid-back atmosphere.
- For Muslim visitors, the article emphasised planning for halal food in George Street, Haymarket and Lakemba, including checking restaurants in advance so the trip goes more smoothly.
- The Bondi to Bronte walk, together with Tamarama, was described as a coastal experience best enjoyed at a leisurely pace with comfortable shoes, water, sunscreen and by checking the weather.
- Oxford Street, Paddington and the QVB rounded out another side of the city through boutiques, cafes, old architecture and tips such as choosing strategically located accommodation, using public transport and keeping the itinerary manageable.
- Penulis berkongsi pengalaman hampir seminggu di Sydney, menelusuri Circular Quay, Sydney Opera House, Harbour Bridge dan The Rocks yang menggabungkan ikon pelabuhan, sejarah serta suasana santai.
- Bagi pengunjung Muslim, artikel menekankan perancangan makanan halal di George Street, Haymarket dan Lakemba, termasuk menyemak restoran lebih awal supaya perjalanan lebih lancar.
- Laluan Bondi ke Bronte, bersama Tamarama, digambarkan sebagai pengalaman pesisir yang sesuai dinikmati perlahan-lahan dengan kasut selesa, air, pelindung matahari dan semakan cuaca.
- Oxford Street, Paddington dan QVB melengkapkan sisi bandar melalui butik, kafe, seni bina lama dan tip seperti memilih penginapan strategik, pengangkutan awam serta jadual tidak padat.
SINGAPURA: Daripada Sydney Opera House yang tersergam megah di tepi pelabuhan hingga ke pantai berpasir keemasan, lorong bersejarah dan deretan kafe yang menarik untuk disinggahi, Sydney menawarkan pelbagai pengalaman yang menanti untuk diterokai.
Bandar terbesar Australia ini bukan sekadar menawarkan mercu tanda yang menjadi kebanggaan negara itu, malah memiliki suasana tersendiri yang membuatkan setiap kunjungan terasa berbeza.
Hampir seminggu di sana, saya berpeluang mengenali Sydney melalui pelbagai pengalaman, daripada mengunjungi tarikan popular yang menjadi tumpuan pelancong hinggalah menyusuri kawasan kejiranan yang lebih santai.
Ada masanya, saya terpaku mengagumi seni bina bangunan lama. Pada hari lain pula, keseronokan hadir ketika berjalan kaki, singgah di kedai kecil atau duduk menikmati pemandangan laut tanpa perlu memikirkan destinasi seterusnya.

Barangkali itulah antara keistimewaan mengembara. Sesiapa sahaja boleh merancang perjalanan sebaik mungkin, tetapi tidak semestinya setiap detik perlu dipenuhi aktiviti.
Kadangkala, pengalaman yang paling meninggalkan kesan hadir daripada persinggahan yang tidak dirancang, ketika kita memberikan ruang untuk menikmati sesebuah bandar mengikut rentaknya sendiri.
IKON SYDNEY DI TEPI PELABUHAN
Bagi kebanyakan pelancong, kunjungan ke Sydney pastinya tidak lengkap tanpa melihat Sydney Opera House dan Sydney Harbour Bridge. Terletak berhampiran pelabuhan, kedua-duanya bukan sahaja menjadi mercu tanda bandar ini, malah antara pemandangan paling ikonik yang dikaitkan dengan Australia.
Bumbung putih Sydney Opera House yang menyerupai layar kapal tampil begitu tersendiri, manakala Harbour Bridge terbentang megah menghubungkan pusat bandar dengan kawasan utara Sydney.
Melihat kedua-duanya di depan mata memberikan pengalaman yang berbeza daripada sekadar menatap gambar di majalah atau skrin telefon.

Penerokaan saya bermula di Circular Quay, kawasan tepi pelabuhan yang sentiasa meriah dengan feri yang keluar masuk, pengunjung yang bersilih ganti dan pelancong yang tidak melepaskan peluang merakam gambar. Selain menjadi hab pengangkutan awam, lokasinya yang strategik memudahkan pengunjung untuk berjalan kaki ke Opera House, Harbour Bridge dan kawasan bersejarah The Rocks.
Di sini, pemandangan pelabuhan menjadi sebahagian daripada tarikan. Apa yang saya perasan, ada yang duduk berehat sambil menikmati udara segar, ada yang berjalan santai di sepanjang pesisir dan ada juga yang sekadar berhenti untuk mengagumi gabungan seni bina, air laut serta latar bangunan bandar. Suasananya cukup mendamaikan, membuatkan kita ingin berhenti sejenak dan menikmati persekitaran.
Bagi yang gemarkan cabaran, aktiviti BridgeClimb menawarkan peluang mendaki ke bahagian atas Harbour Bridge untuk menikmati panorama bandar dari tempat tinggi. Kedengaran menarik, tetapi saya memilih untuk mengagumi struktur keluli jambatan itu dari bawah sahaja.
Sementara itu, lawatan berpandu di Sydney Opera House membuka peluang untuk mengenali sejarah, seni bina dan keunikan bangunan ikonik berkenaan dengan lebih dekat. Memandangkan Circular Quay, Opera House dan The Rocks terletak berdekatan, ketiga-tiganya boleh digabungkan dalam satu hari tanpa perlu menghabiskan terlalu banyak masa dalam perjalanan.
THE ROCKS
Berjalan sedikit dari Circular Quay, suasana berubah apabila memasuki The Rocks. Kawasan ini memperlihatkan sisi Sydney yang lebih bersejarah, dengan lorong sempit, jalan berbatu dan bangunan lama yang membawa kami menyusuri sebahagian daripada kisah awal pembentukan bandar ini.
Saya gemar meneroka kawasan seperti ini kerana setiap selekoh seolah-olah menyimpan sesuatu yang belum ditemukan. Di sebalik deretan bangunan lama, terdapat kafe, galeri kecil dan kedai yang menjual pelbagai barangan, termasuk hasil seni serta cenderamata tempatan.
Pada hujung minggu, The Rocks Markets menjadi antara tarikan yang boleh dimasukkan dalam itinerari lawatan. Pasar ini menawarkan pelbagai hasil seni, kraf tangan, aksesori dan barangan unik yang memberikan pengalaman membeli-belah berbeza daripada kunjungan ke pusat beli-belah biasa.
Tidak semestinya kita perlu pulang dengan beg yang penuh untuk menganggap sesuatu persinggahan itu berbaloi. Adakalanya, berjalan dari satu gerai ke gerai lain, memerhatikan hasil kerja pengusaha tempatan dan menikmati suasana sekeliling sudah cukup menyeronokkan.
Jika anda bercadang untuk berkunjung ke sana, semak waktu operasi pasar terlebih dahulu kerana waktu pembukaannya perlu diambil kira dalam perancangan. Kasut yang selesa juga penting memandangkan sesetengah laluan berbatu dan tidak rata.
MENCARI MAKANAN HALAL
Bagi pengunjung Muslim, soal makanan tentunya antara perkara yang perlu diberikan perhatian ketika bercuti di luar negara. Sydney menawarkan pelbagai pilihan makanan yang boleh diterokai, termasuk sajian Melayu dan masakan daripada masyarakat Muslim tempatan.
Bagi yang merindui cita rasa tempatan, terdapat restoran yang menyediakan hidangan seperti roti prata dan sate. Sementara itu, penggemar sajian mi boleh ke Chinese Noodle Bar di George Street, yang menawarkan pilihan masakan Cina Muslim. Lokasinya di kawasan Haymarket juga memudahkan pengunjung yang berada berhampiran pusat bandar untuk singgah selepas seharian berjalan-jalan.

Selain itu, saya turut diberitahu seorang pekedai bahawa Lakemba, yang terletak di luar pusat bandar, mempunyai masyarakat Muslim yang besar dan terkenal dengan pelbagai pilihan makanan. Kawasan Haldon Street dikatakan menawarkan sajian Asia dan Timur Tengah. Sayangnya, kesuntukan masa menyebabkan saya tidak berpeluang meneroka kawasan itu sendiri, sekali gus memberikan alasan untuk kembali pada kunjungan akan datang.
Pengalaman mencari makanan ketika mengembara juga mengingatkan saya bahawa perancangan kecil boleh membantu melancarkan perjalanan. Mengenal pasti beberapa pilihan restoran lebih awal dapat mengelakkan kita daripada tercari-cari tempat makan ketika perut sudah lapar.
DARI BONDI KE BRONTE
Jika kawasan pelabuhan memperlihatkan wajah ikonik Sydney, pantainya pula menawarkan suasana yang lebih santai. Pantai Bondi antara lokasi yang wajar dikunjungi, dengan hamparan pasir yang luas dan deruan ombak, selain pengunjung yang datang untuk berenang, bersiar-siar atau sekadar menikmati suasana tepi laut.

Dari Bondi, saya menyusuri sebahagian laluan pesisir Bondi-Coogee sebelum berhenti di Bronte. Sepanjang perjalanan, pemandangan berubah daripada pantai yang meriah kepada tebing berbatu, teluk kecil dan sudut pesisir yang mempesonakan. Tamarama turut menjadi antara pemandangan menarik di sepanjang laluan ini.
Warna air laut berubah mengikut cahaya matahari, sementara deruan ombak dan hembusan angin memberikan suasana yang cukup menyegarkan.

Apa yang paling saya suka ialah kebebasan untuk bergerak mengikut rentak sendiri. Tidak perlu tergesa-gesa mengejar masa. Ada lokasi yang membuatkan kita ingin berhenti untuk merakam gambar, manakala di sudut lain, kita mungkin sekadar mahu duduk sejenak sambil menikmati keindahan alam.
Setibanya di Bronte, saya berehat di kawasan berumput berhampiran pantai. Burung camar yang berkeliaran pula seolah-olah lebih berminat dengan makanan saya berbanding pemandangan laut. Perkara kecil seperti inilah yang akhirnya menjadi kenangan manis, sekali gus menjadikan pengalaman mengembara lebih peribadi.

Bagi saya, laluan pesisir ini lebih seronok dinikmati tanpa tergesa-gesa. Pakai kasut yang sesuai, bawa air minuman dan krim pelindung matahari serta semak keadaan cuaca sebelum memulakan perjalanan. Sesetengah bahagian mempunyai tangga dan permukaan tidak rata, jadi pilih jarak yang bersesuaian dengan kemampuan sendiri.
Jika anda tidak bercadang menamatkan keseluruhan laluan hingga Coogee, menikmati sebahagian daripadanya juga sudah memadai. Menariknya, keindahan perjalanan ini bukan semata-mata pada tempat yang dituju, tetapi pada peluang untuk berhenti seketika dan benar-benar menghargai apa yang ada di hadapan mata.
OXFORD STREET DAN PADDINGTON
Selepas menikmati pemandangan laut beberapa hari, kami teroka pula Oxford Street dan Paddington yang ternyata menawarkan pengalaman yang berbeza. Kawasan ini sesuai untuk mereka yang gemar berjalan-jalan sambil meneroka butik, kedai kecil, kafe dan bangunan dengan seni bina yang menarik.
Paddington terkenal dengan rumah teres serta deretan bangunan yang mengekalkan ciri seni bina lama. Di sepanjang jalan, terdapat butik fesyen, galeri seni, kedai barangan rumah dan kafe. Suasananya lebih santai berbanding kawasan beli-belah utama, menjadikan aktiviti berjalan-jalan di sini satu pengalaman tersendiri.
Oxford Street pula menampilkan gabungan kedai, restoran dan ruang komersial yang mencerminkan gaya hidup bandar. Pengunjung boleh melihat-lihat barangan tempatan, mencari sesuatu yang unik atau berehat sambil menikmati secawan kopi sebelum meneruskan perjalanan.
Bagi saya, keseronokan meneroka kawasan seperti ini bukan semestinya terletak pada jumlah barangan yang dibeli. Adakalanya, menemui kedai kecil yang tidak pernah dirancang untuk dikunjungi atau menikmati suasana kejiranan sudah cukup untuk menjadikan hari terasa bermakna.

Jika anda lebih gemar membeli-belah di dalam bangunan, Bangunan Queen Victoria (QVB) di kawasan bandar merupakan antara yang wajar dikunjungi. Bangunan bersejarah ini terkenal dengan seni bina yang mengagumkan, ruang dalaman yang elegan dan deretan kedai. Walaupun tidak berniat untuk berbelanja, pengunjung masih boleh menikmati keindahan reka bentuknya sambil meneroka ruang dalaman yang mempunyai karakter tersendiri.
SEMINGGU TERASA MASIH BELUM CUKUP
Selepas hampir seminggu meneroka Sydney, saya menyedari bahawa daya tarikan bandar ini bukan hanya terletak pada mercu tanda yang sering menghiasi gambar pelancongan.

Keistimewaannya turut hadir melalui pengalaman kecil yang mungkin kelihatan biasa, tetapi meninggalkan kesan tersendiri.
Daripada berjalan di lorong bersejarah The Rocks dan mencari makanan yang menepati cita rasa hinggalah menaiki feri merentasi pelabuhan serta menikmati angin laut di sepanjang laluan pesisir, setiap pengalaman memberikan gambaran berbeza tentang kehidupan di Sydney.
Bandar ini menawarkan keseimbangan antara kehidupan bandar dengan alam semula jadi. Pagi anda boleh dimulakan dengan berjalan di tepi laut, tengah hari boleh diluangkan dengan meneroka kawasan bersejarah atau kedai kecil, manakala petang pula sesuai untuk kembali ke pelabuhan dan menikmati perubahan suasana ketika matahari mula terbenam.

Seminggu mungkin memadai untuk mengunjungi beberapa tarikan utama, tetapi belum tentu cukup untuk mengenali setiap sudutnya. Masih banyak kawasan kejiranan, kafe dan pengalaman yang boleh dikunjungi.
Barangkali itulah yang menjadikan Sydney begitu menarik. Ia bukan sekadar bandar untuk dikunjungi demi merakam gambar di hadapan mercu tanda terkenal, tetapi destinasi yang mengundang saya untuk berjalan, memerhati dan menikmati suasananya dengan lebih dekat.
Akhirnya, perjalanan yang bermakna bukan semestinya tentang berapa banyak tempat yang berjaya dikunjungi. Kadangkala, kenangan paling berharga datang daripada perjalanan yang tidak tergesa-gesa, apabila kita memberi ruang untuk melihat dan menikmati sesebuah bandar mengikut rentak sendiri.

6 TIP SEBELUM KE SYDNEY
1. Pilih penginapan strategik Menginap berhampiran Central Station atau pusat bandar memudahkan perjalanan menggunakan pengangkutan awam
2. Susun lawatan mengikut lokasi
Gabungkan Circular Quay, Sydney Opera House dan The Rocks dalam satu hari kerana semuanya boleh diterokai dengan berjalan kaki
3. Bersedia untuk ke pantai Laluan Bondi-Coogee mengambil masa sekitar dua hingga tiga jam. Pakai kasut selesa dan bawa air minuman serta krim pelindung matahari.
4. Rancang pilihan makanan halal
Kenal pasti restoran lebih awal dan semak status halal serta harga sebelum berkunjung
5. Naik pengangkutan awam
Kad debit dan kredit tanpa sentuh yang diterima boleh digunakan. Pastikan menggunakan kad atau peranti yang sama ketika 'tap on' dan 'tap off'. Rujuk Transport for NSW untuk maklumat tambang dan laluan.
6. Jangan terlalu padatkan jadual
Luangkan masa untuk singgah di kafe, meneroka kedai kecil atau menikmati pemandangan tanpa tergesa-gesa.

Kurangkan Artikel
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.