GEN KAKI CUTI: Menghidu sejarah di kota Makassar, namun tetap penuh pesona
Anggaran Waktu Membaca:
MAKASSAR: Kaki saya melangkah perlahan-lahan menuju ke bangunan lama bertembok kuning lesi yang dimamah zaman. Aura sekitarannya juga serba layu mengguyur.
Namun selepas saya membaca santai naratif yang tertera di pameran, saya mula sedar bahawa bangunan ini rupa-rupanya adalah peninggalan sejarah yang meninggalkan kesan yang besar.
Fort Rotterdam di Makassar - ibu kota Sulawesi Selatan - meliputi keluasan sebesar 2.5 hektar.

Ia dibina pada 1545 sewaktu Kesultanan Gowa sebagai kubu pertahanan.
Nama asalnya ialah Kubu Ujung Pandang. Malah jika dilihat dari atas, bangunan ini berbentuk penyu, menggendong falsafah yang cukup mantap.

Sejajar dengan sifat penyu yang teguh hidup di laut dan darat, ia sekali gus mencerminkan keteguhan pemerintahan Gowa yang hebat.
Mengikut sejarah, Makassar atau Ujung Pandang sering menjadi sasaran yang bertubi-tubi dan ia akhirnya kalah di tangan Belanda.
Belanda merampas kubu ini, menjadikannya tempat menyimpan herba serta rempah-ratus dan menyisihkan nama asalnya dengan memberi nama baharu - Fort Rotterdam.
Sewaktu saya melawat bangunan itu, saya mendapati fungsi bangunan itu diperluaskan sekarang.
Ia juga merangkumi muzium La Galigo yang mempamerkan benda-benda bersejarah termasuk alat-alat yang digunakan oleh penduduk Sulawesi Selatan sewaktu prasejarah.

Ternyata Makassar menitikberatkan sejarah dan tradisi kepada generasi muda. Mereka sedar akan peri penting membentuk anak muda yang berjati diri.
KEINDAHAN PANTAI LOSARI
Tidak jauh dari Fort Rotterdam, kira-kira dua kilometer, kita boleh sampai ke pantai Losari, satu lagi tarikan pelancong.
Kalau di Bali, kita akan berpusu-pusu ke pantai Kuta untuk melihat matahari terbenam, di Makassar pula ada pantai Losari.
Sayang sekali, saya tidak berpeluang menyaksikan saat matahari terbenam gara-gara jadual aturan perjalanan.
Namun saya sempat melawat pantai Losari pada waktu malam. Ia memberi keseronokan yang lain daripada yang lain.

Saya berpeluang masuk ke dalam kapal kayu yang tersadai di tepi pantai. Kami boleh duduk seberapa lama yang kami mahu. Tiada bayaran dikenakan.

Kehadiran kapal-kapal kayu itu adalah tanda keakraban orang Makassar pada maritim, nelayan dan perdagangan. Ini memandangkan pada masa pemerintahan Raja Gowa ke-16, Makassar hebat menjadi tumpuan perdagangan di peringkat tempatan, rantau dan antarabangsa.
Kini pantai Losari menjadi sebuah taman rekreasi. Penduduk tempatan juga senang bersantai atau bersenam di sini.
Dahulu, sepanjang pantai Losari, ia dikatakan penuh dengan gerai menjual ikan dan warung makan. Namun sewaktu saya ke sana, semua tidak kelihatan lagi. Banyak sudah berpindah ke CFD Boulevard.
MASJID 99 KUBAH
Dari pantai Losari, kita boleh nampak sebuah masjid tersergam di depan mata. Sesiapa pun tidak akan terlepas pandang pada masjid itu disebabkan bentuk binaannya.
Rata-rata, masjid yang biasa kita nampak, baik di Singapura atau di Malaysia, memiliki sebuah kubah sahaja yang diletakkan di bahagian tengah bangunan masjid.
Jika ada kubah yang kedua, biasanya kubah itu jauh lebih kecil dan diletakkan di atas menara tinggi. Ia sebagai tanda jelas untuk menarik perhatian ramai akan adanya masjid di daerah itu. Hal ini biasa kita lihat di Malaysia.
Namun, di Makassar lain pula. Makassar mempunyai sebuah masjid yang memiliki bukan satu atau dua kubah tetapi 99 buah kubah. Semasa saya berkunjung pada September 2023, masjid itu baru dibuka pada umum setahun lalu.

Melambangkan 99 nama Allah swt atau Asmaul Husna, dewan utama masjid itu boleh menampung 3,880 jemaah. Masjid ikonik 99 kubah itu juga sering menjadi tumpuan bagi banyak acara keagamaan.
HIDANGAN KONTEMPORARI MERATA DUNIA
Berjalan-jalan di sekitar kota Makassar yang serba lengkap dengan kemudahan dan infrastruktur moden, tidak sedikit pun menyuntik rasa kekampungan.
Saya teruja apabila nampak restoran dengan seni bina kontemporari, menjual makanan Korea dan Jepun.
Sangkaan saya, Makassar memberi tumpuan kepada makanan Indonesia, maklum sahajalah, mereka ada banyak makanan dari ratusan suku kaum yang boleh dikenalkan di sini.
Namun hakikatnya lain. Terdapat lebih dari 20 buah restoran menjual makanan Jepun di Makassar. Antaranya ialah Marugame Udon dan Nebu.
Makanan Korea juga tidak kurang meriahnya di Makassar. Ada yang menjual dalam bentuk makanan segera atau restoran yang menyediakan kulinari tradisional Korea.
Tidak kurang pula, restoran menjual makanan Cina juga boleh ditemui di Makassar.
Tidak dapat dinafikan bahawa Makassar adalah kunjungan makanan yang hebat.
Jika anda ingin tahu, suami mengajak saya melancong ke sana gara-gara hatinya tertarik pada makanan tradisi Makassar yang ditonton berkali-kali di YouTube.
Sebaik sahaja kami menjejakkan kaki di Makassar, rancangan pertama adalah untuk mencari kedai makan yang dihajatkan. Makanan yang menjadi sasaran ialah Coto Makassar.

Dengan bantuan 'tukang supir' atau pemandu, akhirnya kita menemui kedai makan yang dihajatkan.
Semasa pertama kali saya menghirup sup, saya tersentak. Tidak boleh terungkap dengan kata-kata untuk menjelaskan rasanya. Sedap semacam!
Biarpun kuahnya nampak pekat, ia rasa ringan di tekak. Tidak pernah saya rasa sup daging seperti itu. Sebenarnya, ia tidak boleh dikatakan sebagai sup daging. Ia bukan terdiri dari daging lembu semata-mata.

Coto Makassar adalah gabungan usus, hati, limpa dan babat. Mengenai rempah-ratus pula, saya tidak dapat mengenal pasti rempah yang terkandung dalam sup itu.
Menurut Perpustakaan digital Budaya Indonesia, ada sebanyak 40 jenis rempah digunakan untuk membuat Coto Makassar yang sudah wujud sejak Kesultanan Gowa.
Pada zaman itu, Coto Makassar merupakan makanan bagi golongan raja dan bangsawan sahaja.
PESONA BANTIMURUNG
Baik makanan, bangunan atau pantai, semua terkait pada sejarah kaum Makassar. Hanya satu kunjungan yang saya lawati tidak bersangkutan sejarah.
Bantimurung, yang terletak satu jam dari kota Makassar, menyajikan alam semula jadi yang mengagumkan. Bukan flora tetapi faunanya.

Bantimurung adalah lokasi bagi pelbagai jenis kupu-kupu dengan bermacam-macam bentuk, rupa, warna dan saiz. Memang mempesonakan!
Semasa kami bersiar-siar, ada seorang penjual menunjukkan barangannya. Rantai kunci dan magnet peti sejuk yang dibuat daripada kupu-kupu.
Melihat pada banyaknya barang jualan itu, pada mulanya saya menjadi curiga. Saya berpendapat bahawa kupu-kupu yang ada pada barang jualan adalah buatan kilang, dan bukan kupu-kupu asli.
Setelah saya berbual lebih lanjut, ternyata produk itu mengandungi kupu-kupu sebenar. Yang menghairankan, harga rantai kunci dan magnet peti sejuk itu tidak mahal. Mungkin kerana bilangan kupu-kupu yang terlalu banyak, mereka mampu menjual dengan harga rendah.

Jadi apa lagi, saya pun boronglah untuk dijadikan cenderahati.
Di samping kupu-kupu, Bantimurung juga menghidangkan daya tarikan air terjun yang hebat. Airnya melimpah-ruah sehingga membuatkan bermandi-manda suatu kegiatan yang tidak boleh disisihkan apabila berkunjung ke sana.
Bukan sahaja airnya bersih dan deras, ia juga lebar dan memudahkan untuk mandi beramai-ramai.

Di samping air terjun, ada satu lagi tarikan alam di Bantimurung. Siapa sangka, di celah-celah hutan yang tebal, tersisip gua batu kapur yang berhias dengan stalaktit dan stalagmit.
Meskipun begitu, tidak dapat dinafikan, hati kita akan berasa tenang semasa bersiar-siar di Bantimurung. Ia dapat melupakan sejenak pergolakan penjajahan yang diharungi Makassar pada zaman dahulu.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.