GEN KAKI CUTI: Dubai - Jejaki kota moden di padang pasir
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jelajahi lorong-lorong bersejarah, pasar tradisional dan pencakar langit yang memukau! Dubai sering digambarkan sebagai kota penuh kontras, tempat di mana masa depan dan tradisi berjalan seiring.
Di satu sisi, kelihatan deretan pencakar langit menjulang tinggi menembus awan, memantulkan cahaya matahari yang terang. Di sisi yang lain pula, pasar tradisional Arab atau souq masih bergema dengan suara peniaga yang ramah, aroma gaharu dan rempah memenuhi udara, sementara kain sutera berwarna-warni berayun ditiup angin hangat gurun. Di sinilah keindahan bertemu dengan kemewahan.

Persinggahan singkat kami sekeluarga selama tiga hari di Dubai membuat kami terasa seperti menjejaki dua dunia yang lama dan yang baharu, yang tradisional dan yang futuristik. Dari menatap Burj Khalifa yang megah hingga menyaksikan matahari terbenam di padang pasir, setiap momen di Dubai bagaikan babak dari kisah moden yang penuh warna dan kejutan.
Di sela-sela jedual perjalanan yang padat, kami berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Masjid Sheikh Rashid Al Maktoum, sebuah masjid yang indah dan menawan di tengah pusat daerah perniagaan. Ia merupakan antara pengalaman yang menenangkan dan membawa rasa damai di tengah kesibukan kota.

Namun, Dubai bukanlah kota yang sesuai untuk diterokai dengan berjalan kaki kerana keluasan dan jarak antara destinasinya yang agak jauh dan cuaca yang panas. Kota moden ini bagaimanapun menawarkan pelbagai sistem pengangkutan awam yang cekap dan selesa.
Sepanjang berada di sini, kami mendapatkan khidmat pemandu peribadi dengan menaiki kenderaan privet yang mudah dan cekap. Ia bukan sahaja menjimatkan masa, tetapi turut memberikan keselesaan, fleksibiliti serta pengalaman perjalanan yang lebih cepat dan peribadi.
DARI BURJ KHALIFA KE DUBAI MALL
Pastinya tiada tempat lain yang lebih tepat untuk memulakan pengembaraan di Dubai selain di Burj Khalifa. Menara mencakar langit ini menjadi lambang kemegahan kota ini. Jika ingin ke sini anda boleh membeli tiket untuk naik ke pelantar pemerhati At The Top di tingkat 124 dan 125. Lifnya meluncur laju dan anda akan ditemani tayangan interaktif yang memaparkan kisah pembinaannya.

Dari atas, terbentang pemandangan 360 darjah yang memukau dan jelas cantik. Dari padang pasir keemasan, lautan biru hinggalah bangunan moden yang berkilau di bawah sinaran mentari. Tibanya senja, warna langit berubah menjadi jingga keemasan, menjadikan pemandangan panorama yang cantik.
Setelah turun dari Burj Khalifa, langkah seterusnya membawa kami ke Dubai Mall. Pusat beli-belah terbesar di dunia ini ibaratkan kota mini di bawah satu bumbung. Terdapat lebih 1,000 kedai dan butik, kafe dan restoran selain pelbagai tarikan lain yang menjadikan ia lebih daripada sekadar tempat membeli-belah.

Di sini juga terletaknya Dubai Aquarium & Underwater Zoo yang menempatkan beribu-ribu kehidupan laut. Apabila melalui terowong kaca ini, anda akan dapat menyaksikan jerung dan ikan pari berenang tenang di atas kepala, seolah-olah anda juga sedang berada di dunia bawah laut. Selain itu, terdapat gelanggang luncur ais saiz Olimpik dan resort salji buatan manusia yang kekal suhu -4 darjah Celcius, walaupun cuaca di luar panas terik.
Apa yang saya perhatikan, pada siang hari suasana Dubai Mall lebih tenang dan menjadikannya tempat yang tepat untuk beli-belah sambil menikmati kopi di kafe pilihan. Namun, setibanya malam, segalanya berubah menjadi lautan manusia yang mula memenuhi pusat beli belah mega ini hingga waktu ia ditutup jam 12.00 malam.

Jika anda berada di sini pada sebelah malam, jangan terlepas menyaksikan Dubai Fountain Show, pertunjukan air pancut berirama di hadapan mall yang berlatarkan Burj Khalifa. Air menari mengikut rentak muzik Arab klasik dan lagu-lagu terkini, disinari cahaya pelbagai warna. Setiap persembahan berlangsung selama lebih kurang lima minit dan ia cukup memukau.
PERSINGGAHAN KE JUMEIRAH
Selain Dubai Mall, tidak lengkap percutian tanpa melihat Palm Jumeirah, pulau buatan manusia berbentuk pokok palma yang mengagumkan. Anda boleh ke pulau buatan manusia ini dan ke Atlantis The Palm dengan menaiki kereta atau monorel. Hotel ikonik ini menempatkan taman tema air terbesar di dunia dan akuarium dengan pelbagai hidupan laut.

Menjelang senja, Palm Jumeirah berubah menjadi lokasi yang menenangkan. Cahaya keemasan matahari terbenam memantul di laut, mencipta suasana yang sangat indah. Deretan kafe serta restoran tepi pantai pula menjadi tempat ideal untuk bersantai sambil menikmati keindahan pemandangan di sekelilingnya.
Tidak jauh dari kawasan ini juga tersergam indah Masjid Jumeirah dengan seni bina batu marmar putih yang halus dan menawan. Masjid ini bukan sahaja menjadi lambang keindahan seni bina Islam, tetapi juga ruang bagi pengunjung yang bukan Islam untuk mengenali budaya dan tradisi Islam dengan lebih mendalam.
Yang pasti, kunjungan ke Jumeirah bukan sahaja sekadar untuk bersantai, tetapi juga merupakan kesempatan untuk menghargai keindahan warisan dan keharmonian budaya Dubai.
NAIF SOUK - JIWA LAMA DI KOTA MODEN
Beralih dari pulau Palm Jumeirah, keesokan hari kami sempat singgah ke kawasan lorong bersejarah yang masih mengekalkan suasana asli Dubai. Terletak di Deira, Naif Souk bukan sekadar pasar biasa. Ia merupakan lambang sejarah dan warisan Arab yang masih utuh di tengah-tengah kota moden.
Setiap lorong dan kedai di sini menggambarkan kehidupan masyarakat tempatan yang penuh warna dan keaslian. Bukan hanya tempat beli-belah, pasar ini juga menawarkan pengalaman budaya yang akan memikat hati setiap pengunjung.

Sambil berjalan-jalan di sini, anda boleh menikmati teh Arab yang harum serta aneka sajian dan pencuci mulut Timur Tengah seperti shawarma, falafel, baklava dan kunafa. Kawasan sekitarnya turut menempatkan tarikan terkenal seperti Gold Souk, Spice Souk dan Creek Waterfront, menjadikannya lokasi yang ideal dan santai untuk aktiviti beli-belah.
Naif Souk dibuka sepanjang tahun, tak kira di bawah terik matahari musim panas atau dinginnya malam.
Ketika cuaca menjadi lebih nyaman dan lampu-lampu mula menyinari setiap lorong pasar, inilah masa terbaik untuk menyelami suasana malam di sini dengan diiringi keramahan peniaga yang tidak lokek dengan senyuman.
Suasana pasar mula hidup menjelang senja, meriah hingga malam, sambil diserikan gema azan dari masjid berdekatan setiap kali waktu solat tiba.
Terdapat pelbagai barangan moden dan tradisional menanti pengunjung. Antaranya, aneka jenis fabrik, minyak wangi Arab, rempah ratus, beg tangan, cenderamata dan juga abaya yang menjadi antara sorotan utama di Naif Souk.

Berbaloi harga abaya yang dijual di sini, bermula dari AED40 - AED200 (S$15 – S$80), bergantung pada corak, mutu dan rekaannya. Ia sememangnya merupakan antara lokasi terbaik di Dubai untuk mendapatkan abaya yang cantik dan bermutu pada harga yang jauh lebih berbaloi dan menjimatkan. Tidak hairanlah jika ramai peniaga abaya di merata negara gemar ke sini untuk mendapatkan bekalan dan rekaan terkini.
Tidak kira apa sahaja yang ingin dibeli di Naif Souq, pastikan untuk membawa wang tunai secukupnya. Sesetengah kedai dan peniaga lebih gemar berurusan secara tunai berbanding menggunakan kad atau kaedah pembayaran lain. Bukan itu sahaja, anda juga akan mendapat diskaun yang lebih apabila memilih bayaran tunai.
DARI SENJA HINGGA MALAM DI PADANG PASIR
Setelah puas membeli-belah dan melihat bangunan mencakar langit, pastinya percutian tidak akan lengkap tanpa ke padang pasir. Tiada pengalaman yang lebih seronok dan ikonik di Dubai selain mengunjungi Desert Safari.
Aktiviti ini biasanya bermula lewat petang apabila suhu mula menurun. Kenderaan pacuan empat roda yang dikendalikan pemandu profesional akan membawa anda meredah padang pasir yang luas, dune bashing penuh adrenalin yang akan membuat jantung berdebar.
Selama lebih kurang 10 minit kami tertawa hingga kering gusi apabila menaiki kenderaan pacuan empat roda ini sambil memegang erat pada pemegang kereta. Apabila melakukan aktiviti ini jangan lupa pakai tali pinggang keledar, ok!
Bayangkan ia meluncur laju di atas bukit pasir yang bergelombang, setiap lekuk dan puncak mencetuskan hentakan yang membuat jantung berdebar. Angin gurun melayang di wajah, debu halus menari di udara dan setiap luncuran tajam membuat kami terhuyung-hayang di dalam sambil bergelak tawa tanpa henti.
Ia bukan sekadar aktiviti, tetapi pengalaman yang mencampurkan adrenalin dan keghairahan. Anda pasti tidak dapat menahan senyuman dan tawa, seolah-olah semua penat lelah hilang seketika dan digantikan dengan rasa hidup yang penuh tenaga. Lebih menarik apabila kami terserempak dengan sekumpulan unta yang sedang melintas. Ia ternyata merupakan satu pengalaman yang menarik.

Sampai sahaja ke destinasi di tengah-tengah padang pasir, pelbagai aktiviti menanti semua. Antaranya, menunggang unta dan kuda, bermain sandboarding, bergambar dengan helang sambil menikmati senja. Ketika matahari perlahan-lahan terbenam, pasir bertukar keemasan dan langit berwarna ungu lembut menjadikannya pemandangan yang sukar untuk dilupakan.
Malam diteruskan di khemah Bedouin, di mana kami menjamu sajian Arab tradisional seperti kambing panggang, nasi berempah, roti lembut dan lain-lain. Sambil menikmati sajian bufet makan malam pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan, antaranya tarian belly dancing, muzik tradisional dan pertunjukan api yang menceriakan suasana.
Walaupun persinggahan tiga hari ke Dubai terasa amat singkat, ternyata ianya cukup padat dengan pelbagai pengalaman. Dari menara tertinggi di dunia hingga ke padang pasir yang tidak berpenghujung, dari makan malam mewah hingga tawar-menawar di pasar.
Secara ringkas, Dubai bukan sekadar destinasi pelancongan yang mewah, ia juga menyatukan kombinasi antara kemodenan dan tradisi. Setiap sudut bercerita dan setiap cerita menunggu untuk anda alami sendiri!

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.