GEN KAKI CUTI: Dolomites - sisi tenang Itali dengan panorama ikonik
Anggaran Waktu Membaca:
Tre Cime di Lavaredo. (Gambar: Nurul Jalil)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Bila bercakap tentang Itali, mungkin ramai terus membayangkan Colosseum di Rome, gondola di Venice, atau piza dan gelato di tepi jalan.
Namun, di utara Itali, tersembunyi satu sisi yang jauh berbeza - Dolomites. Tiada pantai, tiada bandar sesak. Sebaliknya, deretan gunung batu kapur yang mencakar langit, tasik jernih berwarna pirus sehingga dasarnya kelihatan jelas, dan udara sejuk nyaman walaupun ketika musim panas.
Inilah sisi Eropah yang masih jarang diterokai pelancong dari rantau kita, terutama pengembara beragama Islam. Bagi saya, ia menjadi salah satu perjalanan paling mendamaikan yang pernah saya lalui.
Destinasi ini menjadi pilihan saya bersama beberapa orang kawan, dan kami sengaja merancangnya berbeza daripada itinerari Itali biasa supaya kami dapat menikmati sepenuhnya ketenangan kawasan pergunungan.
BERMULA DI BOLZANO
Kebanyakan pelancong masuk ke Dolomites menerusi Venice. Namun, disebabkan kami datang dari arah Austria, kami memilih Bolzano - sebuah bandar di wilayah South Tyrol yang terletak betul-betul di sempadan budaya Itali dan Austria sebagai pangkalan untuk beberapa hari pertama.
Apa yang menarik tentang Bolzano adalah ia terasa seperti dua dunia bertemu. Penduduknya bertutur dalam bahasa Itali dan Jerman secara silih berganti, dan seni binanya bercampur antara gaya Mediterranean dan Alpine.
Sambil menyesuaikan diri sebelum naik ke kawasan pergunungan, kami sempat melakukan beberapa aktiviti seperti berjalan-jalan di Piazza Walther, dataran utama bandar yang dikelilingi kafe dan bangunan berwarna pastel, serta meneroka pasar tempatan yang menjual hasil ladang segar.

Satu perkara yang cukup mengejutkan saya adalah kewujudan masyarakat Islam di sini. South Tyrol mempunyai masyarakat Islam yang agak besar, menjadikan pengalaman untuk mencari kedai daging halal di Bolzano lebih mudah.
Menariknya, kebanyakan tempat yang kami kunjungi diuruskan oleh masyarakat Pakistan, menjadikan Bolzano di Itali ini destinasi yang sesuai untuk memuatkan bekalan sebelum naik ke kawasan terpencil seperti Dolomites - cabaran sebenar perjalanan ini bukan tentang tempat, tetapi tentang makanan.
MENGINAP DI RUMAH LADANG
Selepas puas meneroka Bolzano, kami berpindah pula ke Monguelfo-Tesido, sebuah pekan kecil di Lembah Pustertal (atau Val Pusteria) yang dikelilingi pergunungan Dolomites dan menginap di sebuah rumah ladang.
Pilihan menginap di rumah ladang ini ternyata antara keputusan terbaik sepanjang perjalanan kami.
Kedudukannya yang strategik, yang dekat dengan tasik dan puncak-puncak utama, menjadikan perjalanan kami lebih mudah pada setiap pagi. Paling penting, kediaman tersebut turut dilengkapi dengan dapur.

Pengalaman bangun pada waktu pagi dikelilingi hamparan rumput yang menghijau dan puncak Dolomites sebagai latar belakang adalah sesuatu yang sukar diganti dengan mana-mana hotel di bandar. Pada waktu malam pula suasananya benar-benar sunyi, dan langit pula dipenuhi bintang.
Bagi sesiapa berimpian untuk merasai suasana luar bandar yang lebih tenang, menginap di kawasan seperti ini benar-benar mengubah keseluruhan suasana perjalanan.
MENDAKI PUNCAK-PUNCAK DOLOMITES
Dari pangkalan kami di Monguelfo, kebanyakan lokasi ikonik Dolomites terletak dalam jarak pemanduan yang tidak terlalu jauh, dan disebabkan Dolomites terkenal dengan laluan pendakiannya, kami mengisi hari-hari pertama dengan mendaki, sebelum melengkapkan perjalanan dengan pengalaman yang lebih santai.
Sepanjang seminggu di kawasan pergunungan, kami telah mendaki banyak laluan, namun tiga laluan ini kekal sebagai kegemaran saya.

Yang pertama ialah Tre Cime di Lavaredo, yang menyajikan pemandangan paling ikonik di seluruh Dolomites. Kami mulakan perjalanan dari Rifugio Auronzo, sebuah pondok gunung yang menjadi titik permulaan laluan, dan dari situ kami singgah di Cadini di Misurina Viewpoint - deretan puncak yang mencakar langit.
Yang kedua ialah Alpe di Siusi, menjanjikan panorama senja paling indah sepanjang perjalanan. Kami sengaja datang pada waktu matahari terbenam, dan sekitar pukul 9.00 malam, cahaya keemasan perlahan-lahan menukar warna gunung menjadi jingga. Pemandangan itu sukar digambarkan dengan kata-kata.
Yang ketiga ialah Seceda. Kami menaiki kereta kabel ke Col Raiser Viewpoint dan kemudian mendaki naik ke Seceda Ridgeline. Deretan puncak bergerigi yang menjulang tinggi di sini ialah salah satu pemandangan paling dramatik yang pernah saya lihat.
Sejujurnya, sesetengah laluan di Dolomites sangat mencabar dan memerlukan tahap kecergasan yang tinggi. Namun, anda tak perlu bimbang sebab, terdapat juga pilihan kereta kabel yang membawa terus ke kawasan tinggi, jadi anda masih boleh menikmati pemandangan tanpa perlu mendaki sepenuhnya. Rancang ikut kemampuan badan, dan Dolomites tetap akan memberikan pemandangan yang menakjubkan.
TASIK YANG MENDAMAIKAN
Selepas beberapa hari mendaki, kami akhirnya menghela nafas dan bersantai di Lago di Braies, sebuah tasik alpine dengan air berwarna hijau kebiruan yang dikelilingi gunung.

Kami tiba pada awal pagi sebelum kehadiran orang ramai dan ketika itu, permukaan tasik masih tenang seperti cermin, memantulkan bayangan gunung di belakangnya dengan sempurna. Sebagai penutup bahagian ini, kami sempat menyewa bot kayu kecil untuk mengamati suasana tasik yang tenang.
Apa yang membezakan Dolomites daripada destinasi musim panas Eropah yang lain adaah cuacanya. Sementara Rome dan Venice panas terik dan sesak dengan pelancong pada bulan-bulan ini, di sini udaranya sejuk nyaman dan suasananya lapang. Bagi kami yang datang dari iklim panas, ia adalah satu kelegaan yang menyenangkan.
CABARAN MENCARI MAKANAN HALAL
Antara persoalan yang mungkin ramai tertanya-tanya - bagaimana pula dengan makanan halal?
Sebagai pengembara sepenuh masa, saya semestinya akan berkongsi secara jujur dengan pengikut saya. Jadi, secara terus terang, mencari makanan halal di kawasan pergunungan Dolomites memang mencabar. Ia bukan seperti bandar besar yang mempunyai kedai kebab atau restoran Turki di setiap simpang, dan disebabkan ia terletak di kawasan pedalaman, pilihan makanan halal adalah sangat terhad.
Namun, bagi saya, hal ini bukan sesuatu yang baharu - mencari makanan halal ketika mengembara sudah menjadi cabaran biasa buat diri saya. Tetapi saya faham, mungkin ramai di luar sana mempunyai rasa bimbang.
Pada pandangan saya, cara mengatasi masalah ini sebenarnya mudah: anda perlu datang denagn persediaan rapi dan memilih tempat penginapan yang berdapur. Sebelum menaiki ke kawasan gunung, kami singgah membeli daging halal serta barang dapur untuk kami masak sendiri - sarapan sebelum keluar pada waktu pagi, dan makan malam selepas pulang dari mendaki.

Selain menjimatkan, memasak sendiri juga cara paling selamat untuk memastikan makanan disediakan mengikut cara kita, tanpa risau tentang pencemaran silang dengan bahan yang tidak halal.
Sejujurnya, perkara inilah yang menjadikan pengalaman kami di utara Itali antara kenangan paling manis sepanjang perjalanan - pulang selepas seharian mendaki, masuk ke dapur, memasak beramai-ramai sambil berbual, kemudian menjamu selera menghadap hamparan rumput menghijau dan puncak Dolomites. Pengalaman seperti ini sukar dicari di mana-mana restoran sekalipun.
Jadi pesanan saya buat anda yang mempunyai perancangan ke kawasan terpencil seperti ini: anda mungkin tidak akan jumpa makanan halal semudah di bandar besar. Rancang awal, bawa bekalan secukupnya, dan kalau boleh, pilih tempat menginap yang berdapur.
Untuk urusan solat pula, kami menunaikannya di rumah ladang dan ketika dalam perjalanan. Satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah waktu solat di Eropah pada musim panas sangat berbeza daripada di Singapura - waktu siang jauh lebih panjang, jadi waktu Isyak masuk lewat malam manakala Subuh pula awal pagi. Membawa sejadah lipat dan menggunakan aplikasi waktu solat sangat membantu untuk merancang hari mengikut waktu yang berubah-ubah ini.
SISI EROPAH YANG BERBEZA
Perjalanan ke Dolomites membuka mata saya bahawa musim panas Eropah tidak semestinya tentang bandar, sejarah, dan tempat-tempat terkenal yang sesak. Rupanya, sisi Eropah yang paling mendamaikan ialah yang paling sunyi - gunung, tasik, dan hamparan rumput menghijau yang jauh dari keriuhan.

Bagi pengembara Muslim dari rantau kita yang ingin mencuba sesuatu berbeza daripada destinasi Eropah biasa, Dolomites amat berbaloi dimasukkan ke dalam senarai. Cuma datang dengan persediaan rapi, dan kawasan ini akan menghadiahkan pemandangan yang sukar dilupakan.
Masih banyak lagi sudut Dolomites yang belum sempat saya teroka - laluan pendakian yang lebih jauh dan pekan -pekan kecil yang masih menanti untuk dijelajah. Mungkin satu hari nanti saya akan kembali untuk menyambung perjalanan ini.
MENGENAI PENULIS

Nurul Jalil ialah pencipta kandungan pengembaraan menerusi jenama @exploretomakan, yang dikenali dengan panduan perjalanan dan tips mesra Muslim yang jujur serta praktikal. Beliau merupakan lulusan ijazah dwijurusan dalam Pengurusan Pelancongan dan Perhubungan Awam dari Universiti Murdoch, Perth. Kini berpangkalan di Singapura, beliau pernah tinggal di Australia dan Korea Selatan, dan menggabungkan latar belakang dalam pemasaran digital dengan minat mendalam terhadap dunia pengembaraan.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.