GEN KAKI CUTI: Daya tarikan beli-belah dan pesona Jakarta
Anggaran Waktu Membaca:
Sekilas pandang seperti di Amsterdam, tetapi lokasi ini sebenarnya La Riviera di PIK 2, Jakarta. (Gambar: Sabrina Yusri)
SINGAPURA: Percutian yang paling mudah dirancang adalah perjalanan yang tidak memerlukan terlalu banyak persiapan. Dengan penerbangan yang singkat dari Singapura, Jakarta menjadi antara pilihan yang sesuai untuk mereka yang mahu keluar seketika daripada rutin tanpa perlu mengambil cuti yang panjang.
Sepanjang dua perjalanan saya ke Jakarta sebelum ini, agenda saya sebenarnya cukup mudah: makan, membeli-belah dan menikmati suasana bandar. Saya tidak datang dengan hasrat untuk mengejar setiap tarikan pelancongan yang ada.
Sebaliknya, saya lebih tertarik untuk melihat dan meneroka beberapa kawasan yang menjadi pilihan penduduk tempatan, selain mencuba makanan dan mengunjungi tempat-tempat menarik yang sudah ada dalam senarai saya.
Daripada pusat beli-belah yang menjadi cadangan rakan tempatan iaitu kawasan Blok M yang dipenuhi makanan dan kafe popular hinggalah ke PIK yang terasa seperti dunia lain dan pengalaman singkat di Bekasi, setiap perjalanan memberikan saya peluang untuk melihat Jakarta dari sudut yang berbeza.
Mungkin itu juga yang membuatkan saya terus tertarik untuk kembali ke Jakarta. Kita tidak semestinya perlu melihat semuanya dalam satu perjalanan untuk menikmatinya.
PONDOK INDAH MALL, PILIHAN UNTUK BELI-BELAH
Salah satu perkara yang memang menjadi agenda utama saya sepanjang berada di Jakarta ialah membeli-belah.
Jakarta sememangnya terkenal dengan pusat beli-belahnya yang besar, tetapi saya lebih gemar mencari tempat yang terasa seperti sebahagian daripada kehidupan penduduk tempatan, berbanding sekadar mengunjungi lokasi yang biasa menjadi pilihan pelancong.
Antara yang paling saya sukai ialah Pondok Indah Mall atau PIM, yang terdiri daripada PIM 1, PIM 2 dan PIM 3 di kawasan Pondok Indah, Jakarta Selatan. Seorang rakan tempatan turut mencadangkan pusat beli-belah ini kepada saya, dan saya akhirnya faham mengapa ia menjadi antara pilihan yang menarik untuk membeli-belah di Jakarta.
Ketiga-tiga bahagian ini menawarkan gabungan kedai fesyen, gaya hidup, restoran, kafe dan hiburan, menjadikannya tempat yang sesuai untuk menghabiskan beberapa jam tanpa perlu berpindah ke lokasi lain.

Bagi saya, PIM menarik kerana ia terasa seperti tempat yang memang menjadi pilihan untuk menghabiskan masa hujung minggu. Ramai yang datang bukan sekadar untuk membeli-belah, tetapi juga untuk makan, berjumpa rakan atau meluangkan masa bersama keluarga.
Berbanding dengan beberapa pusat beli-belah Jakarta yang lebih sinonim dengan pelancong, saya secara peribadi lebih menikmati pengalaman di PIM. Ia memberikan gambaran tentang bagaimana penduduk tempatan menghabiskan masa lapang mereka, sambil masih mempunyai pilihan kedai dan restoran yang cukup untuk membuatkan beberapa jam berlalu tanpa disedari.
BLOK M, ANTARA KAWASAN PALING MERIAH
Jika PIM memberikan gambaran tentang suasana Jakarta yang lebih tersusun, Blok M pula mempunyai tenaga yang sangat berbeza.
Kawasan ini terkenal sebagai antara kawasan kulinari Jakarta yang sibuk, dengan pilihan daripada makanan kaki lima hinggalah restoran dan premis makanan moden.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Blok M juga semakin dikenali dengan pelbagai tempat makan dan kafe yang menjadi tumpuan pelawat.

Apa yang saya suka tentang Blok M ialah suasananya yang bertenaga. Kawasan ini boleh menjadi sangat sibuk, terutamanya apabila ramai orang keluar untuk makan dan bersantai. Jadi, ia bukanlah tempat yang saya akan gambarkan sebagai tenang, tetapi mungkin itulah sebahagian daripada tarikannya.
Ada sahaja makanan yang popular untuk dicuba, kafe yang menarik perhatian atau tempat baharu yang sedang menjadi tumpuan. Bagi saya, pengalaman di Blok M terasa dekat dengan budaya semasa Jakarta, terutama apabila melihat bagaimana makanan dan kafe menjadi sebahagian daripada cara anak muda menghabiskan masa.
Kesibukan kawasan ini juga menjadi sebahagian daripada pengalaman. Berjalan di sekitar Blok M sambil melihat pelbagai pilihan makanan dan tempat baharu membuatkan saya faham mengapa kawasan ini terus menjadi antara lokasi yang popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelawat.
PIK CIPTA SUASANA SEPERTI DI LUAR JAKARTA
Selain PIM dan Blok M, saya turut meluangkan masa di kawasan Pantai Indah Kapuk atau PIK. Jika ada satu kawasan yang paling membuatkan saya tertanya-tanya sama ada saya masih berada di Jakarta, mungkin inilah tempatnya.
Kawasan PIK dan PIK 2 sangat luas, dengan pelbagai tarikan yang merangkumi beberapa kawasan. Lokasinya yang lebih dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta juga menjadikannya satu kawasan yang boleh dipertimbangkan ketika merancang itinerari, sama ada pada awal atau penghujung perjalanan.
Antara lokasi yang sempat saya kunjungi ialah Chinatown, Central Market dan By The Sea Shopping District.

Salah satu yang paling saya sukai ialah By The Sea Shopping District. Kawasan ini bukan sekadar tempat untuk membeli-belah, tetapi juga mempunyai reka bentuk yang sangat estetik dengan ruang terbuka dan suasana yang terasa jauh daripada pusat beli-belah biasa.
Lebih menarik lagi, terdapat pelbagai jenama tempatan yang boleh ditemui di sini. Saya sendiri sangat menyukai reka bentuknya kerana selain boleh mencari produk daripada jenama tempatan, tempat ini juga terasa seperti sebuah pusat beli-belah di California.

Saya turut singgah ke Central Market, sebuah pusat beli-belah dengan konsep yang lebih mesra alam. Reka bentuknya yang terbuka dan penggunaan elemen hijau memberikan suasana yang berbeza daripada kompleks beli-belah konvensional.
Selain itu, PIK 2 turut mempunyai La Riviera, sebuah kawasan dengan seni bina yang diinspirasikan daripada Amsterdam, Belanda. Deretan bangunan berwarna-warni dan suasana ala Eropah di sini membuatkan saya faham mengapa PIK terasa begitu berbeza daripada gambaran Jakarta yang biasa kita bayangkan.
Dalam satu kawasan sahaja, saya boleh menikmati suasana Chinatown, pusat beli-belah yang dipenuhi jenama tempatan, konsep mesra alam dan seni bina ala Eropah.
Bagi saya, PIK bukan sekadar tempat untuk makan atau membeli-belah, tetapi antara kawasan yang paling tidak saya jangka sebelum datang ke Jakarta.
PENGALAMAN TIDAK DIRANCANG DI BEKASI
Perjalanan saya ke Jakarta turut membawa saya ke Bekasi.
Bekasi sebenarnya bukan sebahagian daripada rancangan asal saya untuk meneroka Jakarta. Namun, kerana perlu berada di sana untuk seketika menemani suami yang mempunyai urusan, saya akhirnya berpeluang melihat sedikit suasana kawasan yang jauh daripada laluan perjalanan saya sebelum ini.
Bekasi juga sering menjadi bahan gurauan di internet dan dalam budaya popular Indonesia kerana jaraknya daripada pusat Jakarta. Saya sendiri pada mulanya tidak begitu memahami gurauan tersebut sehinggalah merasai sendiri perjalanan ke sana.
Saya tidak sempat meneroka Bekasi secara menyeluruh kerana tempoh berada di sana agak singkat. Namun, pengalaman singkat semasa di situ memberikan gambaran bahawa kawasan sekitar Jakarta sebenarnya jauh lebih luas.
Antara lokasi yang sempat saya kunjungi ialah Summarecon Mall Bekasi, sebuah pusat beli-belah yang menawarkan pelbagai pilihan kedai, makanan dan hiburan untuk penduduk sekitar.

Selain membeli-belah dan meneroka makanan tempatan, saya turut mengambil peluang untuk mendapatkan rawatan rambut ketika berada di Bekasi.
Sebagai seseorang yang tinggal di Singapura, saya mendapati harganya jauh lebih murah berbanding apa yang biasa saya bayar di Singapura. Walaupun ia suatu perkara kecil, pengalaman itu menjadi antara aktiviti yang paling saya nikmati sepanjang berada di sana.
Saya juga sempat menikmati makanan di kawasan Galaxy di Bekasi, yang bagi saya mempunyai sedikit persamaan dengan suasana Blok M. Kawasan ini mempunyai pelbagai pilihan tempat makan dan menjadi antara lokasi yang menarik untuk melihat bagaimana penduduk tempatan menghabiskan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.
Walaupun tidak banyak tempat yang sempat diterokai, pengalaman singkat di Bekasi menjadi antara bahagian perjalanan yang menarik kerana ia memberikan saya peluang untuk melihat satu lagi sudut kawasan metropolitan Jakarta.
JAKARTA UNTUK HUJUNG MINGGU YANG LEBIH FLEKSIBEL
Sebagai destinasi yang hanya beberapa jam dari Singapura, Jakarta menawarkan banyak pilihan untuk percutian singkat. Sama ada membeli-belah di PIM, mencari makanan yang sedang popular di Blok M, meneroka PIK yang terasa seperti dunia lain, atau menikmati kawasan yang berbeza di Bekasi, setiap sudut memberikan pengalaman tersendiri.
Jakarta mungkin sebuah destinasi yang dekat dengan Singapura, tetapi setiap kali berada di sana, tetap ada pengalaman baharu untuk diterokai.

TIP TEROKA JAKARTA
Pilih kawasan mengikut minat - PIM sesuai untuk beli-belah, Blok M untuk makanan dan kafe, manakala PIK menawarkan gabungan membeli-belah, makanan dan tarikan bergambar.
Luangkan masa meneroka kawasan tempatan - Jangan hanya tertumpu pada tarikan pelancongan; kawasan yang menjadi pilihan penduduk tempatan juga boleh memberikan pengalaman yang menarik.
Pertimbangkan PIK untuk awal atau akhir perjalanan - Kedudukannya yang lebih dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta memudahkan anda memasukkannya ke dalam itinerari.
Sediakan ruang untuk aktiviti spontan - Tidak semua pengalaman menarik perlu dirancang lebih awal. Persinggahan singkat di Bekasi, misalnya, membuka peluang untuk meneroka kawasan baharu.

Kurangkan Artikel
MENGENAI PENULIS
Sabrina Yusri merupakan pencipta kandungan digital dan pencerita gaya hidup dari Singapura yang berkongsi pengalaman pengembaraan, budaya, makanan halal dan gaya hidup menerusi platform media sosialnya, @sabventuresinlife. Beliau merupakan graduan dalam bidang Komunikasi dan Media Baharu dari Universiti Nasional Singapura (NUS) dan pernah berkhidmat dalam pelbagai peranan dalam bidang media sosial serta pemasaran kandungan sebelum memilih untuk menceburi penciptaan kandungan secara sepenuh masa.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.