Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gelagat murid Indonesia bawa bekal petai ke sekolah tarik perhatian warganet

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Jika kanak-kanak lain memilih menu nasi lemak, roti mahupun mi goreng sebagai menu sarapan pagi, berbeza pula dengan seorang kanak-kanak yang tular baru-baru ini di media sosial.

Seorang murid perempuan bernama Adekta memilih sajian yang lain daripada lain dengan membawa bekal nasi dan ikan goreng serta beberapa keping petai.

Gelagat bersahajanya mencuri tumpuan ramai warganet lebih-lebih lagi apabila membawa petai mentah, lapor SinarPlus.

Bahkan, warga maya turut kagum dan memuji sikap berdikari yang dipraktikkan Adekta dalam menyiapkan bekalannya sendiri.

Kisah anak kecil berasal dari Indonesia itu mulai tular di TikTok selepas ibu saudaranya memuat naik rakaman beliau sedang menyiapkan sendiri sarapan untuk dibawa ke sekolah, seperti dipetik daripada SinarPlus.

Ibu saudara yang dikenali sebagai Dita Kerang memuat naik ‘aksi’ Adekta yang memasukkan nasi ke dalam bekas makanannya sambil berceloteh, nyata mencuit hati ramai.

Menerusi video TikTok berkenaan, Adekta ditegur ibu saudaranya kerana membawa banyak petai ke sekolah.

Si kecil itu pantas menjawab dengan berkata, ia untuk dimakan bersama-sama dengan rakan-rakannya, lapor SinarPlus.

Rupa-rupanya Adekta seorang kawan yang pemurah orangnya.

Dia turut menghulurkan bekalan makanan yang dibawanya untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain ketika waktu rehat di sekolah.

Bahkan, Adekta sempat memberi teguran kepada ibu saudaranya itu supaya jangan kedekut untuk berkongsi rezeki kerana orang yang kedekut, kuburnya sempit!

Kata-kata si kecil itu benar-benar membuatkan ramai warganet tergelak besar.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan