Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gelagat budak lelaki minta maaf pada Aidilfitri cuit hati netizen

Anggaran Waktu Membaca:
SELANGOR: Suasana bermaaf-maafan di bulan Syawal telah menjadi tradisi dalam masyarakat Islam di sini.

Pada hari pertama Aidilfitri semalam (22 Apr), seorang pengguna TikTok memuat naik video saudaranya sedang meminta maaf daripada ibunya.

Budak lelaki yang segak berpakaian serba hitam, lengkap dengan kain samping dan songkok meraung ketika meminta maaf daripada ibunya.

Apa yang mencuit hati ramai netizen ialah telatahnya, yang sampai terbaring-baring menangis meminta maaf dan janji tidak akan melakukan kesilapan yang sama.

Video dengan kapsyen "Drama Raya" itu menarik perhatian ramai netizen dengan jumlah tontonan mencecah 700,000 dan menerima hampir 70,000 tanda suka.

Meninjau di ruang komen, ramai yang terhibur dengan gelagat budak itu.

"Dia berhak menerima Anugerah Oscar," tulis seorang netizen.
Sumber : BERITA Mediacorp/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan