'Game On, Dreamers!' ajak peminat permainan video, cosplay 'masuk gelanggang' MBS pada Dis 2026
Anggaran Waktu Membaca:
Acara tiga hari 'Game On, Dreamers!' akan berlangsung di Marina Bay Sands. (Gambar: Facebook/Game On Dreamers)
'Game On, Dreamers!' invites video game and cosplay fans to enter the arena at MBS in December 2026
- The inaugural Game On, Dreamers! festival will run for three days, from Dec 11 to 13, 2026, at Halls D, E and F of the Marina Bay Sands Expo and Convention Centre in Singapore.
- Dream World offers interactive games and themed cafes, as well as REM music performances by international artists on Dec 11 and 12.
- Dream Battle hosts esports and cosplay competitions, including opportunities for Singaporean players and teams to progress to global events in Miami and South Korea, with cash prizes also on offer.
- Dream Play features a Timezone arcade and carnival-style games for families, while the Cosplayer Marketplace showcases independent creators; tickets can be bought online from S$20.
- Festival sulung Game On, Dreamers! berlangsung selama tiga hari, 11 hingga 13 Disember 2026, di Dewan D, E dan F, Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands, Singapura.
- Dream World menawarkan permainan interaktif dan kafe bertema, selain persembahan muzik REM oleh artis antarabangsa pada 11 dan 12 Disember.
- Dream Battle menganjurkan pertandingan e-sukan dan cosplay, termasuk peluang pemain serta pasukan Singapura melangkah ke acara global di Miami dan Korea Selatan, dengan hadiah wang tunai turut ditawarkan.
- Dream Play menyediakan arked Timezone dan permainan ala pesta ria untuk keluarga, manakala Cosplayer Marketplace mengetengahkan pencipta bebas; tiket boleh dibeli dalam talian mulai S$20.
SINGAPURA: Peminat permainan video dan cosplay boleh 'turun padang' ke Marina Bay Sands pada Disember ini untuk menyertai edisi sulung festival 'Game On, Dreamers'.
Acara selama tiga hari, dari 11 hingga 13 Disember, itu akan menampilkan tiga zon bertema yang masing-masing mengetengahkan genre budaya pop berbeza.
Zon pertama, 'Dream World', akan menawarkan pelbagai pengalaman interaktif berinspirasikan permainan video popular, termasuk stesen permainan interaktif dan kafe bertemakan raksasa.
Pada 11 dan 12 Disember, 'Dream World' turut menjadi lokasi acara muzik rancak REM, yang menampilkan artis muzik elektronik antarabangsa.
Zon kedua, 'Dream Battle', pula memberi tumpuan kepada pertandingan e-sukan dan cosplay.
Sepanjang tiga hari, zon tersebut akan menganjurkan pertandingan sulung Red Bull Wings Cup EA Sports FC27, yang menyaksikan pemain terbaik Singapura bersaing untuk merebut peluang mewakili negara dalam pertandingan akhir global di Miami, dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya.
Para pengunjung juga boleh menyaksikan pertandingan permainan popular seperti 'Mobile Legends: Bang Bang' dan 'Street Fighter', dengan para peserta bersaing untuk memenangi hadiah wang tunai sehingga S$10,000.
Selain itu, pertandingan 'Cosplay Fight Club' turut diadakan, merangkumi kategori terbuka dan kategori All Star yang hanya disertai peserta jemputan.
Pertandingan tersebut akan menyaksikan para peserta cosplay dan pencipta kandungan menghidupkan watak-watak pilihan mereka menerusi persembahan pentas dan aksi yang disusun rapi.
Para peserta akan bersaing untuk merebut hadiah wang tunai sehingga S$2,500, anugerah khas mengikut kategori serta peluang memenangi lawatan ke Korea Selatan dengan segala perbelanjaan ditanggung.
Arena tersebut juga akan menjadi lokasi pusingan kelayakan Singapura bagi Kejohanan Festival Cosplay Antarabangsa Gyeonggi, dengan pasukan pemenang berpeluang mewakili negara untuk bertanding di Korea Selatan.
Para pengunjung juga boleh meneroka Cosplayer Marketplace untuk meninjau-ninjau pelbagai karya seni asli dan bertemu dengan pencipta karya bebas.
Zon ketiga, 'Dream Play', pula akan menampilkan ruang arked yang luas dengan kerjasama Timezone, menawarkan permainan seperti 'Mai Mai', 'Initial D' dan 'Asphalt 9 VR'.
Keluarga juga boleh menikmati permainan ala pesta ria seperti skee-ball.
Tiket bagi 'Game On, Dreamers!' 2026 kini boleh dibeli menerusi laman web rasmi acara, dengan harga bermula daripada S$20.
Festival 'Game On, Dreamers!' akan berlangsung di Dewan D, E dan F, Pusat Ekspo dan Konvensyen Marina Bay Sands, dari 11 hingga 13 Disember.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.