Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orang ramai membanjiri kawasan Marina Bay untuk menyambut ketibaan Tahun Baharu pada Rabu (31 Dis).

Menjelang tengah malam pada Khamis (1 Jan), latar langit Marina Bay diterangi pertunjukan bunga api yang menakjubkan.

Ramai di sekitar kawasan itu dilihat menggunakan telefon bimbit mereka untuk merakam pertunjukan bunga api yang berlangsung sekitar 10 minit.

Sejurus selepas pertunjukan bunga api berakhir pada pukul 12.13 pagi, ramai dalam kalangan pengunjung mula beredar.

Pergerakan untuk meninggalkan kawasan tersebut perlahan namun tetap lancar, meskipun berlaku kesesakan di pintu-pintu keluar.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita