Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini
(Gambar: Facebook/Mohd Amir Faizal)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 29 Dec 2025 02:45PM
PERAK: Para pengunjung di sebuah kawasan rehat dan rawat (RnR) di Perak mengalami suasana yang mencemaskan apabila seekor gajah memasuki ruang tempat letak kereta lalu menyerang seorang pemandu.

Menurut seorang netizen yang berada di tempat kejadian, gajah itu dipercayai memasuki kawasan RnR setelah terhidu bau sisa makanan daripada tong sampah.

Beliau menambah, pemandu itu sedang berehat di dalam keretanya namun terjaga setelah beliau menyedari keretanya digegarkan oleh sesuatu.

Ternyata, gajah itu tertarik dengan durian yang disimpan dalam kereta pemandu tersebut dan cuba mendapatkannya.

Mujur gajah itu dapat diusir dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita