Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
DAMSYIK: Muzium Nasional Damsyik, yang merupakan antara institusi kebudayaan terpenting di timur tengah, dibuka semula selepas menjalani kerja-kerja pemuliharaan.

Koleksinya yang luas menonjolkan kekayaan sejarah Syria, bumi yang menjadi tempat lahir beberapa tamadun terawal di dunia, lapor Agensi Berita Arab Syria (SANA).

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, muzium berkenaan menjalani kerja-kerja pemuliharaan menyeluruh bagi melindungi koleksinya serta memodenkan pengalaman para pengunjung.

Dengan penambahbaikan tersebut, muzium itu kini dibuka semula, mengukuhkan semula peranannya sebagai mercu tanda budaya dan pendidikan di rantau berkenaan.

Muzium tersebut turut berfungsi sebagai jambatan antara dunia purba dan masyarakat kini, menempatkan artifak-artifak unik yang tidak ditemui di tempat lain.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita