Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Instagram/paranahba; erasabah)
MALAYSIA: Keputusan ibu kucing ini memilih tempat untuk melahirkan anaknya boleh dianggap cukup tidak konvensional.
Biasanya, kucing akan mencari sudut yang gelap dan selesa untuk melahirkan anak.
Namun kali ini, ibu kucing itu nampaknya selesa 'tersandar' di celah-celah anak patung mainan yang berwarna-warni.
Ini biarpun ia berada dalam tempat yang sempit dalam sebuah mesin permainan kaut!
Daripada anak patung sahaja, kini mesin itu dipenuhi dengan anak kucing yang masih kecil. Pemandangan tersebut semestinya mengejutkan tetapi juga menyentuh hati.
Sungguhpun begitu, semoga pihak yang prihatin dapat segera membawa keluar ibu kucing dan anak-anaknya keluar dari mesin tersebut demi keselamatan haiwan-haiwan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.