Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: supernovarom/ Instagram)

Diterbitkan : 28 Sep 2025 01:43PM
SINGAPURA: Seorang lelaki warga Singapura baru-baru ini berkongsi video di Instagram yang merakamkan detik istimewa dari perkahwinannya — mengejutkan isterinya dengan mengundang pemenang Singapore Idol, Taufik Batisah untuk mendendangkan lagu di majlis persandingan mereka.

Pengantin lelaki itu, Romzi, 28 tahun, berkongsi bagaimana beliau berjaya menghubungi pemenang Singapore Idol Taufik Batisah untuk membuat kejutan bagi isterinya, Natasya, 24 tahun.

Menurut Romzi, beliau menghubungi Taufik menerusi WhatsApp.

Romzi sendiri terkejut apabila pasukan Taufik bersetuju dengan idea yang diusulkannya itu.

Ini kerana pasukan Taufik memberitahu Romzi bahawa Taufik belum pernah membuat persembahan di majlis persandingan, dan majlisnya merupakan yang pertama di mana Taufik bersetuju untuk berbuat demikian.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita