Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Naomi memadam akaunnya selepas video beliau mengomel tentang janji temu ke Lau Pa Sat tular di media sosial. (Gambar: jacksonsim77/TikTok)

SINGAPURA: Minggu ini, tercetus perdebatan di TikTok apabila seorang pempengaruh, Naomi Blac, mengadu bahawa lelaki yang bawa teman wanita untuk janji temu pertama ke Lau Pa Sat harus ditinggalkan sahaja.

Pendapatnya itu menimbulkan reaksi yang berpecah belah dalam kalangan netizen.

Namun kebanyakan komen tidak menyokong pendapat Naomi dan menganggap beliau bersikap seperti gadis yang terlalu memilih.

Kelihatannya, ramai warga net dari Singapura yang berkongsi janji temu pertama mereka di tempat-tempat mesra dompet seperti Kopitiam, malah juga setakat makan mi cawan di 7-11!

Adakah janji temu pertama dengan pasangan harus dilakukan di tempat makan mewah? Apakah pendapat anda? 

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita