Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Para penumpang Scoot dalam perjalanan ke Singapura mendapat kejutan manis sebelum pesawat mereka berlepas dari Ipoh pada Selasa lalu (26 Ogos).
 

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Sin Chew Daily)

Diterbitkan : 28 Aug 2025 01:38PM
IPOH: Para penumpang Scoot dalam perjalanan ke Singapura mendapat kejutan manis sebelum pesawat mereka berlepas dari Ipoh pada Selasa lalu (26 Ogos).

Suasana di dalam kabin bertukar riuh-rendah apabila penumpang terakhir pesawat itu melangkah masuk. Bukan calang-calang orangnya. Penumpang itu ialah Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Kesempatan berkongsi perjalanan dengan seorang presiden jarang berlaku. Lantaran itu, tidak menghairankan apabila ramai penumpang berasa ghairah dan teruja. Sebilangan besar bertepuk tangan, bersorak, malah ada juga yang menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk merakamkan detik istimewa itu.

Menyedari sambutan hangat tersebut, Presiden Tharman berdiri seketika lalu melambai mesra ke arah para penumpang di dalam pesawat itu.

Menurut laporan Sin Chew Daily, beliau juga menaiki Scoot sehari sebelumnya, pada Isnin (25 Ogos), untuk ke Ipoh bagi lawatan kerjanya.
Sumber : BERITA Mediacorp/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita