Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Perpustakaan sementara Star Wars terletak di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan menggunakan sistem automatik untuk mencari buku. (Gambar: NLB)

SINGAPURA: Ini memang betul-betul canggih.

Perpustakaan sementara Star Wars yang dibangunkan buat julung-julung kalinya di Singapura sedang merintis sistem pengambilan dan pemulangan buku secara automatik.

Mereka yang mahu meminjam buku hanya perlu mencari tajuk buku menerusi kios yang disediakan, dan lengan robotik akan mencari dan membawa buku itu kepada tempat ambil buku.

Perpustakaan sementara Star Wars yang dibangunkan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) terletak di tingkat dua Terminal 3 Lapangan Terbang Changi dan dibuka dari 10.00 pagi hingga 10.00 malam sehingga 24 Januari 2026.

Ia dibuka dengan kerjasama Disney dan disokong Changi Airport Group.
Sumber : BERITA Mediacorp/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita