Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Changi Airport/Facebook, Mr Merlion and Goldwood/Instagram))
SINGAPURA: Sempena sambutan SG60 tahun ini, Lapangan Terbang Changi mengeluarkan satu siri patung yang berbentuk seperti makanan kegemaran rakyat tempatan baru-baru ini.
Di reruai pop-up Merlion Hawker Fest di Terminal 3, anda boleh menjangkakan pelbagai mainan lembut berbentuk seperti epok-epok, nasi ayam, ketam chili, susu Magnolia, serta aiskrim yang disalut roti berwarna-warni.
Mainan ini mendapat ilham daripada jenama patung Britain, Jellycat, yang mempunyai beraneka jenis patung berbentuk haiwan dan makanan.
Seperti di gerai-gerai Jellycat juga, para kakitangan di reruai pop-up ini akan menawarkan mainan lembut seolah-olah ia adalah hidangan sebenar sebelum 'menghidangkannya' kepada anda.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.