Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Cik Jane Ittogi, semasa mereka melakukan lawatan istimewa ke Hab Seni Visual di Institusi B4 pada 17 Julai 2025. (Gambar: Facebook/Tharman Shanmugaratnam)

Diterbitkan : 19 Jul 2025 09:35AM Dikemas Kini : 19 Jul 2025 02:45PM
SINGAPURA: Inilah bakat terpendam banduan di Perkhidmatan Penjara Singapura, yang melakar seribu harapan.

Ia disaksikan sendiri oleh Presiden Tharman Shanmugaratnam dan isterinya, Cik Jane Ittogi, semasa mereka melakukan lawatan istimewa ke Hab Seni Visual di Institusi B4 untuk memberi sokongan moral kepada para pelukis dalam tahanan, yang giat menghasilkan karya seni sebagai sebahagian daripada proses pemulihan mereka.

Tangan mungkin terikat, tapi jiwa mereka melukis harapan.
 
Cik Jane Ittogi kelihatan terpesona dengan lukisan yang dilihatnya. (Gambar: Facebook/Tharman Shanmugaratnam)
Lawatan itu turut disertai pegawai #CaptainsOfLives dari SPS serta mentor-mentor daripada program Canvas ART, yang berganding bahu menyokong perjalanan para banduan untuk kembali ke pangkuan masyarakat melalui seni.

Sebahagian hasil karya seni mereka bakal dipamerkan kepada orang ramai sempena Festival Seni Masyarakat Yellow Ribbon (YRCAF) yang akan berlangsung dari 2 hingga 6 Ogos 2025 di One Holland Village.

Selain itu, sebuah trak seni bergerak turut akan menjelajah ke pelbagai lokasi sekitar Singapura sepanjang bulan Ogos, memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat sendiri hasil karya unik dihasilkan dari balik tembok penjara.
Gambar sengaja dikaburkan bagi melindungi identiti para banduan.
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita