Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gelagat Abang 'stiles' mencuit hati pengguna TikTok serantau. (Gambar: stiles/TikTok)

Diterbitkan : 14 Jun 2025 01:40PM Dikemas Kini : 14 Jun 2025 01:52PM
SINGAPURA: Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang menunjukkan gelagat seorang 'Abang GrabFood' diekori seekor anjing ketika sedang menghantar pesanan makanan.

Dalam video yang dimuat naik ke akaun TikTok 'stiles' ini, individu berkenaan seolah-olah 'segan' apabila didekati anjing tersebut.

Anjing itu pula meluru masuk ke dalam lif apabila pintunya terbuka manakala 'Abang GrabFood' itu terpinga-pinga sama ada ingin menaiki lif yang sama.

Gelagat 'abang Grab' yang 'chill' atau santai ini menarik perhatian warga net sehingga video beliau raih 114,700 'likes, 1,602 komen dan dikongsi 44,100 kali sejak dimuat naik pada Selasa (10 Jun)!

Jika anda berada di tempat 'Abang GrabFood', adakah anda akan naik lif yang sama dengan anjing tersebut atau tunggu yang lain?
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita