Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: FairPrice menyambut musim durian dengan meriah. Bulan ini, durian kampung akan dijual pada harga S$1.95 setiap satu di cawangan-cawangan FairPrice terpilih.

Peminat durian yang ingin mendapatkan Raja Buah itu pada harga rendah ini perlu mengambil perhatian terhadap dua tempoh jualan.
Related article image
Pelanggan beratur untuk membeli durian FairPrice dalam penjualan sebelum ini. (Gambar: FairPrice)
Yang pertama akan berlangsung dari 13 Jun hingga 15 Jun di cawangan FairPrice di 212 Bedok North Street 1.

Gelombang jualan kedua akan diadakan dari 20 Jun hingga 22 Jun di cawangan FairPrice di Kangkar Mall.

Sila ambil perhatian bahawa jualan bermula pada pukul 9.00 pagi dan terhad kepada 300 pelanggan pertama setiap hari.

Setiap pelanggan hanya boleh membeli maksimum dua durian kampung.
 
Related article image
FairPrice akan menjual pelbagai jenis durian lain. (Gambar: FairPrice)
FairPrice juga akan menjual jenis durian premium yang lain, termasuk Musang King dan Red Prawn, pada harga biasa.
 
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita