Gambar Pilihan Hari Ini
Seekor kambing sedang makan daun sambil mengimbangi diri atas kabel elektrik. (Gambar: abang.wong/TikTok)
JAKARTA: Jangan ingat manusia sahaja yang banyak kerenah. Haiwan pun tidak terkecuali.
Tiap kali tiba musim korban, pasti ada sahaja gelagat 'Abang K' kita yang aneh-aneh. Agaknya kali ini apa pula?
Seekor kambing nekad 'panjat' bumbung kabel elektrik semata-mata mahu larikan diri daripada disembelih. Kurang jelas di mana atau bilakah video asal dirakam namun ramai netizen kelihatan terhibur dan tertanya-tanya bagaimana kambing tersebut dapat kekuatan sebegitu.
Barangkali, ia perlu 'cas diri' terlebih dahulu untuk dapatkan tenaga. Seorang pengguna yang gelar dirinya raraa berkata kambing itu mungkin sedang belajar mempersiapkan diri untuk melintas jambatan As-Sirāt. Agak-agaknya, apakah nasib kambing ini sekarang, sudah jadi rendang ke belum?
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.