Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: @p_joe313/TikTok)

Diterbitkan : 02 Jun 2025 02:28PM
PETALING JAYA: Adegan dua ekor gajah yang sedang 'bercinta' di sebatang jalan raya di Gerik, Perak sehingga menyekat laluan trafik, mencuit perhatian ramai netizen baru-baru ini.

Kedua-dua ekor gajah itu tidak berganjak dari jalan raya tersebut sehingga larut malam, menghalang para pemandu dari kedua-dua arah sehingga terpaksa berhenti hampir sejam setengah kerana tidak dapat bergerak.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @p_joe313, para pemandu terpaksa menunggu hampir sejam setengah gara-gara telatah kedua-dua haiwan tersebut.

“Buat hal lah gajah Bukit Gerik ni, boleh pula ‘dating’ tengah-tengah jalan. Sejam lebih berhenti dua-dua hala. Sampai gelap tak selesai lagi bercinta atas jalan,” tulis pengguna terbabit di videonya.

Video itu turut mengundang pelbagai komen yang menghiburkan dari warganet.

“Dia tengah pujuk ‘isteri’ dia tu, nak balik mana hari raya ni. Sabarlah semua bagi ruang mereka berbincang,” komen pengguna TikTok, Ishawaty.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita