Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini
Kapten bas nikmati kopi percuma (kiri) sementara kanak-kanak cilik teroka keistimewaan bas zaman lama. (Gambar: Facebook/SBS Transit Ltd)
Diterbitkan : 16 May 2025 01:36PM Dikemas Kini : 16 May 2025 01:39PM
SINGAPURA: Sebagai sebahagian daripada sambutan SG60 dan Hari Buruh, Persatuan Pekerja Pengangkutan Kebangsaan (NTWU) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melancarkan inisiatif Bas Kopi.

Inisiatif ini adalah sebagai tanda terima kasih kepada para kakitangan pengangkutan awam yang memandu siang dan malam tanpa mengira panas ataupun hujan.

Bas unik ini turut menyerupai bas tahun 1970-an yang suatu masa dahulu dipandu keliling negara, dan berkhidmat sebagai tempat rehat atau kantin bergerak bagi para pemandu dan konduktor.

Orang ramai boleh melayari laman Facebook NTWU untuk mengetahui jadual perjalanan, stesen pertukaran dan depoh mana anda boleh jumpa Bas Kopi ini!
Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita