Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: @mufarizam/TikTok)
SEGAMAT: Sebuah video di TikTok menyentuh hati ramai warganet baru-baru ini.
Di bazar Ramadan di Taman Yayasan di Segamat, Johor, terletak sebuah gerai yang menawarkan baju Melayu terpakai secara percuma buat mereka yang memerlukan.
Dalam video itu, beberapa lelaki kelihatan sedang melihat dan mencuba baju-baju yang digantung itu, manakala kaum wanita pula turut sibuk mencari pakaian buat anggota keluarga lelaki mereka sendiri.
Menurut pemilik gerai itu, beliau akan terus membuka gerai itu selama sekitar 10 hari lagi.
Tersentuh dengan usaha murninya, terutama sekali di bulan Ramadan ini, beberapa warganet turut bertanya sama ada mereka boleh menderma pakaian mereka sendiri supaya dapat membantu lebih ramai golongan yang memerlukan.

Sumber : Sumber Web/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.