Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Seorang peniaga bazar Ramadan tidak mampu berbuat apa-apa apabila 14 balang air jualannya terbalik secara serentak dalam tempoh beberapa saat pada hari kedua Ramadan (3 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: Facebook/Warga Kuantan Official)

Diterbitkan : 08 Mar 2025 01:54PM Dikemas Kini : 08 Mar 2025 01:56PM
KUANTAN: Seorang peniaga bazar Ramadan tidak mampu berbuat apa-apa apabila 14 balang air jualannya terbalik secara serentak dalam tempoh beberapa saat pada hari kedua Ramadan (3 Mac).

Peniaga berusia 31 tahun, Ahmad Hakim Ahmad, mengatakan kejadian itu mengakibatkan kerugian sekitar RM1,500 (S$452.22), lapor Sinar Harian.

Menurut Encik Hakim, ketika itu, beliau sudah bersedia untuk memulakan jualan dan beberapa pelanggan telah menunggu giliran untuk membeli minuman tersebut.

Katanya, "Baru nak mula menjual, tiba-tiba semua balang jatuh serentak dalam masa dua hingga tiga saat sahaja.

“Masa itu, saya hanya mampu diam, terpandang sesama sendiri dengan orang di sekeliling,” kata Encik Hakim ketika ditemui Sinar Harian di Bazar Ramadan Setali pada Khamis.

Lebih menyedihkan lagi, air mangga susu yang merupakan jualan paling laris turut terbuang dalam kejadian itu.

Bapa kepada tiga anak itu berkongsi, kejadian tersebut berpunca daripada struktur meja yang kurang kukuh.

Ini selain daripada kesilapan sendiri yang meletakkan balang terlalu ke depan.

"Mungkin salah saya juga, balang diletakkan terlalu di hadapan dan meja pula jenis aluminium, lebih ringan berbanding meja besi hijau yang saya guna sebelum ini.

"Ditambah pula dengan beban air yang berat, mungkin itu punca semuanya jatuh serentak,” kata Encik Hakim, lapor Sinar Harian.

Disebabkan kejadian itu, Encik Hakim mengakui beliau tidak dapat berniaga pada hari ketiga Ramadan kerana perlu menggantikan peralatan yang rosak.

Menurut beliau, kos tambahan sebanyak RM650 (S$195.96) terpaksa dikeluarkan untuk menggantikan perkakas dan pati air yang diperlukan.

Encik Hakim turut menambah biarpun menanggung kerugian besar, dia tetap reda dan melihat kejadian tersebut sebagai ujian dalam perniagaan.

"Hendak menangis pun tiada guna, tetapi saya anggap itu bukan rezeki saya pada hari tersebut. Saya pejam mata dan teruskan sahaja," luahnya kepada Sinar Harian.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan