Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Pasangan suami isteri di Taiwan ini menggayakan pakaian yang ditinggalkan oleh pelanggan di kedai dobi layan diri yang telah mereka kendalikan selama lebih setahun. (Gambar:wantshowasyoung/Instagram)

TAIWAN: Sepasang suami isteri di Taiwan mencuit hati para netizen kerana kreatif dalam menggayakan pakaian pelanggan yang ditinggalkan di kedai dobi layan diri mereka.

Hsu Sho-er, 84 tahun, dan Chang Wan Ji, 83 tahun, merupakan pemilik sebuah kedai dobi layan diri di Taichung, Taiwan.

Namun, pasangan itu menjadi viral di media sosial baru-baru ini selepas mereka memuat naik beberapa gambar yang menampilkan mereka menggayakan pakaian pelanggan yang tertinggal di dobi.

Idea kreatif itu dicetuskan oleh cucu mereka, yang bantu menguruskan akaun media sosial kedai tersebut.

Beliau yang bertanggungjawab menggabungkan pakaian yang memberikan unsur-unsur vintage dan gaya moden yang berjiwa muda, dan sering menambah aksesori menarik seperti topi dan kaca mata hitam.
Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita