Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: ANTHONY WALLACE / AFP)

SEOUL: Seoul diselubungi salji melebihi 16 sentimeter (cm) pada Rabu (27 Nov), mencatat rekod baharu bagi November sejak cuaca direkodkan pada 1907, menurut agensi cuaca negara itu.

Agensi berita Yonhap melaporkan setakat pukul 7.00 pagi waktu tempatan, Seoul mencatatkan 16.5 cm salji, mengatasi rekod sebelumnya sebanyak 12.4 cm pada 28 Nov 1972, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea (KMA).

Amaran salji tebal dikeluarkan bagi kawasan timur laut Seoul, termasuk Nowon, Seongbuk dan Dobong, menurut KMA dan pemerintah metropolitan Seoul.

Amaran akan dikeluarkan apabila salji mencecah 20 cm dalam tempoh 24 jam.

Salji dan hujan diramal melanda seluruh negara sehingga pagi Khamis.

Sementara itu, sebanyak 12 penerbangan dibatalkan manakala 38 penerbangan ditunda setakat pukul 9.00 pagi, menurut Korea Airports Corp dan Incheon International Airport Corp.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan