Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, tular satu catatan di akauan TikTok (@alipgelis) apabila lelaki dikenali sebagai Alip berkongsi satu situasi semasa berada di jalan raya, lapor The Rakyat Post.

Menerusi video yang dikongsinya itu, kelihatan sebuah kereta jenis Proton Exora yang sedang dipandu seperti biasa di jalan raya.

Namun perkara yang menarik perhatian ramai ialah aksesori pada cermin bahagian belakang kenderaannya.

Bukan sekadar lampu hiasan biasa, paparan LED itu disertakan dengan selawat, menurut The Rakyat Post.

“Okaylah jom kita selawat sama-sama nak?” terpapar pada cermin tersebut.

Perbuatan pemandu kereta itu disokong ramai di ruang komen yang mengajak para pemandu lain supaya melakukan ibadah semasa berada di jalan raya.
Sumber : Sumber Web/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita