Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: maziahnasir_/TikTok
PULAU PINANG: Siapa yang suka kalau setiap gerak-gerinya diperhatikan, bukan? Namun bagaimana kalau 'sosok' yang mengawasi anda seekor kucing sangat comel?
Inilah pengalaman ramai pelanggan sebuah stesen minyak yang terletak di Pulau Pinang.
Kelibat 'penyelia' stesen minyak itu tidak terlepas daripada pandangan orang ramai, sebagaimana yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini.
Lengkap berpakaian seragam mirip seorang kakitangan stesen minyak Shell, 'Oyen' ini mencuri perhatian ramai, bukan sahaja dalam kalangan pengunjung stesen minyak tersebut, bahkan juga netizen di wadah media sosial.
Ada malah berkongsi bahawa kucing itu selalunya tenang dan sukar berganjak daripada sudut stesen minyak berkenaan, sekalipun di tengah-tengah kesibukan operasi stesen minyak tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.