Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Google maps, @mydearmarie0326/X)
NAGAHAMA: Papan tanda di luar sebuah kedai di Nagahama, Jepun menjadi tular setelah bayi berpipi tembam yang dipaparkan dalam papan tanda itu tidak lagi kelihatan comel.
Malangnya, keadaan cuaca yang ekstrem telah menyebabkan dakwat luntur dan mengubah wajah bayi itu menjadi sesuatu yang seolah-olah daripada filem seram yang boleh mencetuskan mimpi ngeri.
Media Jepun mula-mula melaporkan papan tanda kedai tersebut luntur dakwatnya pada Ogos tahun lalu berikutan gelombang haba yang menukarkan dakwat pada bahagian mata dan mulut bayi itu kelihatan gelap dan tidak menyenangkan — mirip dengan hantu filem ‘The Grudge’.
Pemilik kedai memberitahu Fuji News Network bahawa ini adalah kali pertama papan tanda itu luntur dakwatnya dalam tempoh sembilan tahun sejak ia dipasang.
Dia pertama kali melihat perubahan yang mengerikan itu pada awal Ogos dan merancang untuk menggantikannya.
Menurut pemilik kedai, para pengunjung berpusu-pusu mengambil gambar bayi itu selepas mendapat tahu tentang dakwat yang luntur itu.
Pemilik kedai tersebut nampaknya mungkin tidak bersempatan untuk menggantikan papan tanda tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.