Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: X

Diterbitkan : 25 Sep 2024 03:38PM Dikemas Kini : 25 Sep 2024 03:40PM
KELANTAN: Sejak beberapa hari kebelakangan ini, kes melibatkan Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd menjadi bualan ramai sedang pihak berkuasa di Malaysia giat menjalankan siasatan.

Setiap kegiatan yang dijalankan di beberapa kemudahan milik GISBH, tidak terlepas daripada pantauan teliti orang ramai.

Maka tidak hairanlah, apabila sebuah papan tanda hotel milik Global Ikhwan Services Business Holding (GISBH) di Kelantan yang bernama Ikhwan Hotel tiba-tiba bertukar nama semalaman dan menjadi tular.

Pada 11 September, polis melalui Op Global menyelamatkan 402 kanak-kanak dan remaja daripada 20 rumah amal yang dikaitkan dengan GISBH di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi buruh dan seksual.

Serbuan itu mendedahkan kes pengabaian dan penganiayaan yang membawa kepada penahanan beberapa individu yang ada kaitan dengan GISBH.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan