Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: madahmawaddahh0/TikTok
KUALA LUMPUR: Kasih sayang seorang datuk tiada tolok bandingan.
Gambar Pilihan Hari Ini jelas memaparkan kegigihan seorang datuk, yang sanggup melakukan apa saja untuk mencurahkan kasih sayang kepada cucunya yang menghidap Down Syndrome.

Meski sudah mencecah usia 2 tahun 5 bulan, budak ini dikatakan masih tidak berupaya untuk berjalan dan ia disifatkan sebagai satu kebimbangan oleh doktor yang ditemui semasa pemeriksaan kesihatan cucunya itu baru-baru ini.
Ini tidak melenturkan semangat si datuk untuk mencari jalan lain untuk membantu melatih cucunya untuk berjalan.
Diperbuat daripada sebuah kerusi berputar yang tidak dipakai, datuk ini menghasilkan 'peralatan' yang dapat membantu cucunya itu untuk bertatih-tatih.
Semoga segala usaha dan ikhtiar datuk ini akan membuahkan hasil satu hari nanti - untuk melihat cucunya itu berjalan seperti kanak-kanak yang lain.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.