Gambar Pilihan Hari Ini
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: jason_7135/TikTok
SINGAPURA: Sebilangan penduduk di sini mungkin mempunyai pengalaman terserempak dengan 'tetamu yang tidak diundang' di kawasan perumahan mereka.
Antara 'tetamu-tetamu' yang pernah dilaporkan itu termasuk babi hutan, monyet mahupun biawak.
Namun 'tetamu' yang dilihat berkeliaran di kawasan tepi Ekspreswe Bukit Timah (BKE), sepertimana yang ditampilkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini, bagaimanapun menyebabkan pengguna TikTok Jason Ng, berasa teruja.
Sekurang-kurangnya enam rusa sambar dilihat berkeliaran di sisi jalan raya tersebut.
Pengguna TikTok itu dikatakan sanggup berpatah balik semata-mata untuk melihat haiwan-haiwan tersebut dengan lebih dekat, yang pada awalnya disangka merupakan babi hutan.
Agak-agaknya apa yang akan anda lakukan jika anda terserempak haiwan tersebut?

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.