Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: Jung Yeon-je / AFP

Diterbitkan : 01 Jan 2024 01:42PM
SEOUL: Tahun 2023 sudahpun melabuhkan tirainya dan ketibaan tahun 2024 disambut dengan penuh meriah di merata dunia.

Kedatangan tahun baharu biasanya diraikan dengan penuh gilang-gemilang, terutama sekali semasa acara kemuncak kiraan detik.

Namun, tidak kurang juga meriahnya dalam kalangan mereka yang ghairah menyaksikan matahari terbit yang pertama pada tahun baharu.

Gambar Pilihan Hari Ini yang dipetik di Seoul, memaparkan orang ramai yang sanggup datang awal semata-mata untuk menikmati pemandangan indah matahari terbit ini dari sebuah jambatan pejalan kaki, yang menghadap latar langit bandar tersebut.

Seperti mereka, ramai yang pastinya ingin memulakan tahun baharu mereka dengan semangat yang positif dan langkah yang tepat, berbekalkan pelbagai azam baharu.
 
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita