Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: 金色阳光皮具店/Taobao

Diterbitkan : 14 Dec 2023 03:17PM
SINGAPURA: Menyusuli berita bahawa pasport Singapura dipilih paling berkuasa di dunia menurut Indeks Pasport Henley, warganet mula mendapati satu fenomena yang pelik di platform e-pasaran Taobao baru-baru ini.

Sekali pandang, pasport yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini kelihatan seperti pasport sah Singapura.

Sebaliknya, bukan!

Ia sekadar kulit pasport yang dijual di Taobao, yang menyerupai pasport Singapura, lengkap dengan huruf yang disaluti warna emas dan lambang negara.

Ia dipercayai dijual pada harga kira-kira 198 yuan (S$37.50).

Agak-agaknya, ada pelanggan yang berminat untuk membeli kulit produk pasport sedemikian? Jika ya, apakah tujuan mereka membelinya?
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita