Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
Gambar Pilihan Hari Ini

Gambar: redbullracing/Instagram

BERITA Mediacorp: Apabila disebut tentang perlumbaan Formula One, ramai akan membayangkan perlumbaan yang penuh bertenaga dan sengit dalam kalangan para pelumba yang lengkap berpakaian sut perlumbaan masing-masing.

Gambar Pilihan Hari Ini sebaliknya memaparkan aksi pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen dan Sergio Pérez berlumba di 'litar perlumbaan' yang agak berlainan dengan menaiki kenderaan yang juga lain daripada yang lain.

Berbekalkan mesin pencuci, mereka dilihat giat berlumba di sekeliling pekarangan Jewel Lapangan Terbang Changi, sebagai sorotan pada Khamis lalu (14 Sep), sedang bahang Grand Prix Formula 1 Singapura semakin terasa.

Yang pasti, sorotan kegiatan itu semestinya membuatkan ramai peminat perlumbaan Formula One ternanti-nanti untuk menyaksikan aksi pelumba kegemaran mereka menunjukkan taring masing-masing di Litar Marina Bay hujung minggu ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan