Gambar Pilihan Hari Ini

(Gambar: firsttimesworldwide/Instagram)
BERITA Mediacorp: Bagaimana agaknya cara memakai sandal ini?
Baru-baru ini, sebuah gambar sepasang sandal kulit hitam rekaan jenama Maison Martin Margiela pada tahun 1996 timbul di media sosial.
Kasut itu memaparkan gaya 'split-toe' yang ikonik bagi koleksi Tabi jenama itu. Anehnya, ia hanya mempunyai bahagian telapak kasut, tanpa tali untuk membolehkan pengguna memakainya. Harganya pula bukan murah - kira-kira US$6,375.73 (S$8667.55)

Ini tentunya menarik pelbagai reaksi oleh warga maya yang menyuarakan penyelesaian mereka untuk memakai sandal itu.
Ada yang mencadangkan kasut itu boleh dipakai menggunakan 'bluetooth',manakala ada pula yang berkata bahawa 'pelekat dijual berasingan'.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.