Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITA Mediacorp: Sedang pasangan mempelai hanya menghitung hari sebelum diijabkabulkan, debaran semestinya kian terasa.

Sanak saudara dan sahabat handai pula pastinya ghairah menantikan berlangsungnya majlis yang akan menyatukan pasangan yang sama padan itu.

Antara perkara yang munkin ramai sering nanti-nantikan tatkala menghadiri majlis persandingan sedemikian adalah untuk melihat kecantikan corak inai yang menghiasi tangan permaisuri sehari itu.

Gambar Pilihan Hari Ini menampilkan corak inai yang menjadi pilihan seorang permaisuri sehari, yang sememangnya lain daripada yang lain.

Menariknya, corak kod QR, menjadi pilihan wanita ini dan bukan corak berbunga yang menjadi antara yang biasa dipilih mempelai lain.

Malah, apabila kod QR itu diimbas, ia ternyata berfungsi!

Ramai warga net berseloroh bahawa idea ini mungkin memudahkan para hadirin majlis perkahwinan itu memberi 'duit salam' kepada raja dan permaisuri sehari ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan