Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Kemeriahan musim durian kali ini dapat dirasakan, dengan ramai peniaga sibuk merebut peluang untuk menawarkan harga yang menarik bagi raja buah itu.

Bahkan, ada juga yang memanfaatkan musim durian ini untuk menampilkan kelainan dalam perniagaan mereka bagi mencuri perhatian orang ramai.

Poh Kong Jewellers, jenama perhiasan dari Malaysia juga tidak terkecuali.

Sekali pandang, barangan yang dipaparkan dalam Gambar Pilihan Hari Ini, kelihatan seperti buah raja yang bersaiz kecil, tetapi ia sebenarnya disaluti dengan emas.

Malah perhiasan kalung emas bercorak raja buah ini direka dengan sangat terperinci sehingga ia seakan-akan ada biji durian apabila kalung itu dibuka.

Diperbuat daripada emas, ini baru dinamakan 'durian kayangan'!
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita