Skip to main content

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Keadaan cuaca panas terik yang melampau lewat kebelakangan ini mampu mendorong segelintir individu menjadi terdesak untuk mencari jalan bagi mengatasi rasa gelisah dan tidak selesa.

Ia sebagaimana dilakukan oleh seorang lelaki muda di Guangdong, China, dalam Gambar Pilihan Hari Ini.

Beliau dilihat cukup bersahaja duduk terperap di dalam sebuah peti sejuk sambil menggodeh telefon bimbitnya semata-mata untuk menikmati hawa dingin bagi melegakan diri daripada cuaca panas yang menjangkaui suhu 39 darjah Celsius di wilayah tersebut.

Dengan gelombang haba dijangka berterusan, tidak hairanlah tindakan di luar jangkaan seumpama itu sanggup dilakukan sesiapa saja.
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita