Skip to main content

Iklan

Iklan

Gaya Hidup

Gambar Pilihan Hari Ini

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Tular di platform media sosial China, Weibo, baru-baru ini cara yang jarang dilihat sama sekali untuk menjamu hidangan yang mempunyai unsur durian.

Gambar Pilihan Hari Ini menampilkan dua versi hidangan seumpama itu - raja buah kukus ditaburkan dengan daun bawang dan satu lagi durian sebagai isi dalam mi segera.

Malah, menurut hantaran yang dimuat naik ke platform tersebut, hidangan durian kukus itu dikatakan berasal dari wilayah Guangdong, China.

Ini sekali gus menimbulkan kemarahan penduduk Guangdong yang menafikan kenyataan tersebut.

Resipi itu juga mencetuskan reaksi daripada sebilangan penggemar durian yang rata-rata mempersoalkan selera warga maya yang memperkenalkan hidangan tersebut.

Agak-agaknya terbuka selera anda untuk mencuba hidangan tersebut?
Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan